Apa sebenarnya kedudukan Foxconn di dalam DNeX? ANALISIS BERITA | DagangNews Skip to main content

Apa sebenarnya kedudukan Foxconn di dalam DNeX? ANALISIS BERITA

Oleh ZAIDI ISHAM ISMAIL
editor@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Setiap syarikat di dunia berkongsi aspirasi utama – meraih keuntungan semaksimum mungkin. Sebaik sahaja keuntungan diperoleh, mereka akan mencari lagi keuntungan demi keuntungan.

 

Untuk mencapai matlamat ini, syarikat perlu melakukan pengembangan perniagaan dan menggunakan dana sama ada dijana secara dalaman atau meminjam.

 

Bagi syarikat yang tidak cukup dana, mereka akan mencari sumber kawangan termasuk mempelawa pelabur sama ada dari dalam atau luar negara untuk menyuntik dana ke dalam syarikat.

 

Inilah yang dilakukan oleh Dagang Nexchange (DNeX) yang sahamnya kini menjadi cukup aktif diniagakan di bursa.

 

Sebagai latar belakang, DNeX mengetuai konsortium bersama firma China, Chipone untuk mengambil alih 60% kepentingan di dalam Silterra daripada Khazanah Holdings Berhad pada harga RM475 juta.

 

Terselit di dalam konsortium ini ialah sebuah syarikat Hong Kong, Foxconn.

 

Sumber industri memberitahu, Foxconn merupakan pengeluar barangan elektronik yang kebelakangan ini cukup aktif membeli saham-saham syarikat semikonduktor dan satu daripadanya ialah DNeX.

 

Foxconn memiliki kecenderungan untuk mengenal pasti syarikat berpotensi mencatat pertumbuhan tinggi, termasuk sektor kenderaan elektrik.

 

"Pada peringkat awal, Foxconn memiliki pegangan saham yang besar di dalam DneX semasa membeli Silterra.



 

silterra




 

Namun kini Foxconn hanya memiliki 5% kepentingan di dalam DNeX dan kelihatan semakin menyusut pegangannya.

 

Ini berikutan pelbagai aktiviti menjana dana yang dilakukan oleh DNeX, yang meningkatkan pegangan ekuiti syarikat seterusnya mengaasi Foxconn, kata sumber industri kepada DagangNews.com.

 

Semua maklum, pelabur tempatan dan luar negara akan datang dan pergi. Namun dalam situasi ini, apakah pendirian DNeX atau Khazanah dalam soal pegangan asing ini?

 

Apakah mereka membenarkan lebih ramai pelabur asing untuk menguasai entiti tempatan, dan dalam konteks Silterra – tergolong dalam sektor strategik negara yang sepatutnya tidak boleh dikuasai oleh entiti asing.

 

Apakah mereka akan mengehadkan kuota saham yang boleh dipegang oleh entiti asing?

 

Jadi di mana kedudukan DNeX dalam semua ini?

 

Daripada segi dunia perniagaan, DNeX atau mana-mana syarikat berkaitan kerajaan wajar membenarkan pelabur asing melabur di dalam syarikat negara.

 

Ini tentunya akan meningkatkan minat dan tawaran bagi pelabur asing untuk membawa dana mereka ke Malaysia, apatah lagi negara amat memerlukannya ketika proses pemulihan ekonomi perlu dilakukan segera.

 

Seperti kelaziman, akan ada pihak tempatan atau `nasionalis’ akan mempertikaikan pemilikan asing dan mengambil alih sesebuah entiti negara, apatah lagi sektor strategik walaupun sekian lama tidak mencatat keuntungan.

 

Dalam konteks ini, kerajaan kena beri panduan yang jelas. Apakah dibolehkan entiti asing mengambil alih entiti negara?

 

Apakah ia akan benar-benar mampu menarik lebih banyak pelaburan asing kelak dengan dasar buka pintu luas-luas?

 

 

dnex

 

Atau menutup pintu sedikit, misalnya hanya membenarkan pemilikan minoriti supaya tiada entiti negara terlepas ke tangan asing.

 

"Foxconn terlepas bidaan persendirian untuk mengambil alih Silterra.

 

"Tetapi bila muncul semula Foxconn di dalam DNeX, ia seumpama masuk pintu belakang pula. Jadi ini kita kena tengok secara teliti," menurut pemerhati pasaran yang membahaskannya di dalam portal klseinvestor baru-baru ini. – DagangNews.com