Aplikasi MyDucati mudahkan capaian maklumat kepada pelanggan | DagangNews Skip to main content

Aplikasi MyDucati mudahkan capaian maklumat kepada pelanggan

MyDucati

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Ducati melancarkan aplikasi mudah alihnya, MyDucati yang menyediakan pelbagai jaringan maklumat berkaitan motosikal berkenaan.

Next Bike Sdn. Bhd. (Ducati Malaysia) yang merupakan syarikat berdaftar Naza Group dalam satu kenyataan berkata, aplikasi tersebut membolehkan peminat motosikal berkenaan sentiasa berhubung dengan dunia Ducati dalam satu aplikasi.

"Aplikasi ini dapat mengeratkan lagi hubungan dengan komuniti dengan menawarkan pengalaman dan kelebihan akses kepada Ducatisti.

"Ia menawarkan pelbagai kandungan unik kepada ahli seperti peluang akses ke acara serta pratonton eksklusif terhadap rangkaian baharu," jelas Next Bike Sdn. Bhd..

MyDucati turut menawarkan pelabgai ciri unik lain seperti ruangan Garage yang membolehkan pelanggan melihat dokumentasi motosikal pada bila-bila masa selain sentiasa mempunyai Kad Ducati sebagai dokumen rasi Ducatista.

Melalui kelebihan itu, peminat membuat pilihan Ducati impian mereka selain menyimpan dan berkongsi bersama rakan dan peniaga.

MyDucati

Bagi ruangan Ducati Dealer pula, pelanggan dapat mencari penjual yang terdekat berdasarkan geo-localization.

Ciri tersebut membolehkan pelanggan melihat perkhidmatan yang disediakan penjual tersebut selain dapat menyimpan maklumat berkenaan sebagai pilihan kegemaran bagi tujuan janji temu untuk uji pandu dengan hanya satu klik.

Ruangan Berita pula menyediakan pelbagai maklumat berkaitan perkhidmatan dan acara baharu yang disusun oleh Ducati di seluruh dunia dengan sistem pemberitahuan yang dikemas kini dengan berita penting.

Selain itu, MyDucati juga mempunyai ruangan komuniti Desmo Wmners Club (DOC) yang membolehkan ahli kelab berkongsi minat berkaitan Ducati selain mengambil peluang terhadap semua inisiatif dan kelebihan yang disediakan.

Aplikasi tersebut tersedia bagi iOS dan Anroid serta boleh dimuat turun secara percuma dari Apple Store dan Play Store. - DagangNews.com