The Artisans Haven, Affin Bank sedia platform bantu penggiat seni | DagangNews Skip to main content

The Artisans Haven, Affin Bank sedia platform bantu penggiat seni

Oleh NABILA YASMIN RAZIB

[email protected]

 

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Platform e-dagang The Artisans Haven dan Affin Bank Bhd melancarkan perkhidmatan Smart Solution untuk menyokong artisan atau penggiat sektor seni dan pengusaha tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama The Artisans Haven, Jade Lee, berkata Smart Solution diwujudkan khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menyokong syarikat dan pekerja mengharungi dunia digital yang pantas berkembang.

"Pandemik COVID-19 memacu keperluan perniagaan bagi transformasi digital. Bagaimanapun, transformasi itu terhalang kerana kurangnya kesedaran, kesediaan, pengetahuan selain kos yang tinggi untuk menerapkan teknologi baharu serta alat perniagaan bagi kekal berdaya saing.

"Untuk itu, kerjasama hari ini adalah untuk menyokong penggunaan digital dalam kalangan perniagaan kecil di rumah, terutama di dalam bidang e-dagang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Pengarah Eksekutif Perbankan Perusahaan, Affin BankLim Kee Yeong berkata, pihaknya komited dalam menyokong pertumbuhan PKS jangka panjang dengan menawarkan beberapa penyelesaian kewangan bagi memenuhi keperluan PKS tempatan.

" Affin Bank Bhd   juga menawarkan aplikasi SME Colony yang memberikan peluang penglibatan dan kerjasama dalam komuniti PKS. 

"Komuniti PKS yang unik ini telah membuktikan bahawa kolaborasi dan perkongsian adalah suatu keperluan, terutama pada masa-masa yang mencabar ini," katanya.

‘Smart Solutions’ juga menawarkan PKS pemahaman mendalam mengenai latihan dan motivasi kakitangan yang dikongsi oleh jurulatih motivasi Xandria Ooi; perundingan latihan sumber manusia Latihan MADLAB; dan AL Trainings Sdn Bhd yang menyediakan latihan, perundingan serta ucaptama dan program awam; dan Enfinity Academy yang mempunyai visi untuk memupuk dan mendorong pertumbuhan bakat kreatif di Malaysia. -DagangNews.com