Astro hargai sokongan pelanggan, nikmati akses percuma mulai 29 Jan hingga 6 Feb ini | DagangNews Skip to main content

Astro hargai sokongan pelanggan, nikmati akses percuma mulai 29 Jan hingga 6 Feb ini

Sempena meraikan kemenangan Astro di majlis Anugerah Putra Brand 2021.

KUALA LUMPUR 24 Jan - Bagi meraikan kemenangan di majlis Anugerah Putra Brand 2021 dan sebagai tanda penghargaan di atas sokongan pelanggan selama ini, Astro akan memberi akses tontonan percuma untuk semua saluran filem dan Korea di platform TV dan Astro GO mulai 29 Januari hingga 6 Februari 2022.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, pihaknya begitu teruja apabila Astro
sekali lagi dipilih oleh rakyat Malaysia sebagai jenama media utama mereka. 

 

Katanya, tahun ini dilihat lebih istimewa kerana diumumkan sebagai pemenang kepada bukan sahaja 1
kategori, malah 4 kategori utama iaitu anugerah Platinum untuk Astro secara keseluruhan, kategori Perak untuk Go Shop dan kemenangan berganda dengan 2 lagi anugerah Perak untuk radio, ERA dan HITZ. 

 

"Saya dengan ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan dan pendengar Astro di atas sokongan yang diberikan selama ini. Terima kasih, rakyat Malaysia!," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Pelanggan Astro boleh nikmati sajian menarik filem-filem pecah panggung dan banyak lagi program-program menarik yang lain di saluran HBO HD (CH411), HBO Family (CH414), HBO Hits (CH415), Hits Movies HD (CH401), Cinemax HD (CH412), Showcase Movies (CH413), tvN Movies HD (CH416), Citra HD (CH108), Thangathirai (CH241), BollyOne HD (CH251), Celestial Movies HD (CH309), Oh!K HD (CH394), tvN HD (CH395) dan BOO HD (CH404). 

 

Menariknya lagi, pelanggan juga boleh strim pelbagai program variasi Korea dan rangkaian drama bersiri di saluran eksklusif Astro GO, K-PLUS HD.

 

Dalam pada itu, pelanggan Go Shop pula akan diberi tawaran diskaun sebanyak RM10 untuk sebarang pembelian berharga RM100 dan ke atas dengan menggunakan kod promo: PUTRATQ10 mulai 24 Januari hingga 6 Februari ini. - DagangNews.com