Aveta `meriahkan' pasaran kapcai Malaysia | DagangNews Skip to main content

Aveta `meriahkan' pasaran kapcai Malaysia

SHAH ALAM 17 Ogos – Pasaran motosikal tempatan kini ‘meriah’ dengan kehadiran pemain baharu di dalam industri permotoran apabila muncul jenama “AVETA” yang diam-diam membuat kemunculan sejak November tahun lalu.

A
veta dipasar dan dikeluarkan oleh Aveta Global Marketing Sdn. Bhd, telah mula menjual dua model asas untuk pasaran tempatan iaitu Aveta DY90 dan Aveta RX110.

Difahamkan, dua model tersebut menjadi asas kepada Aveta Global Marketing untuk menembusi pasaran tempatan dengan jualan lebih 2,000 buah motosikal DY90 dan RX110.

Kedua-dua model tersebut dipasang sepenuhnya secara pemasangan terurai atau CKD dijangka memperkenalkan beberapa buah model baru dalam beberapa bulan akan datang. 

DagangNews difahamkan, kedua-dua model berkenaan diperkenalkan di pasaran tempatan pada Mac lalu.

Jika dilihat teliti, 
kedua-dua model tersebut mirip model motosikal yang pernah dikeluarkan oleh sebuah syarikat pemasangan tempatan beberapa tahun dahulu. Jurucakap Aveta Global Marketing bagaimanapun, enggan mengulas.

H
arga jualan bagi model Aveta DY90 ialah RM2,880 tanpa insuran yang merupakan sebuah model kapcai berkapasiti 90cc (4-lejang, silinder tunggal, enjin melintang), seterusnya dipadankan transmisi empat kelajuan berputar.
 

aaa


Aveta DY90 dan boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan hitam.

M
odel RX110 pula merupakan model kapcai mempunyai penampilan lebih sporty dan dijual sekitar RM4,039.20 tanpa insuran.
 

aveta


Model tersebut dilengkapi enjin empat lejang satu silinder yang dipercayai bersesaran 110cc, dengan sistem sejukan udara dan transmisi empat kelajuan berputar. Kuasa yang dihasilkan adalah sebanyak 7.8hp (5.8kW) @ 7,500rpm dengan tork maksimum 7.8Nm @ 6,500rpm.
 

de


Aveta RX110 mempunyai tangki petrol dengan isian penuh 4.2 liter, suspensi depan teleskopik, suspensi belakang berkembar (gas, teleskopik), brek cakera di bahagian roda depan, brek jenis dram di bahagian roda belakang, rim aloi 17 inci, saiz tayar depan 70/90-17, saiz tayar belakang 80/90-17 dan berat bersih motosikal 123 kilogram.

M
odel tersebut tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu merah, hijau dan biru. - DagangNews.com