A&W perkukuh komitmen jenama menerusi pembukaan cawangan baharu di Kangar | DagangNews Skip to main content

A&W perkukuh komitmen jenama menerusi pembukaan cawangan baharu di Kangar

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 Okt - Jenama rangkaian restoran makanan segera, A&W kini dibuka di Kangar, Perlis, sekali gus mengukuhkan komitmen jenamanya untuk membawa makanan segera klasik serta ikonik ke negeri paling utara di Semenanjung Malaysia sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan ke seluruh negara. 

 

Dengan ketibaannya di Kangar, A&W kini boleh didapati di setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Pembukaan cawangan ini adalah lanjutan daripada pelancaran cawangan ke-100 A&W di Sierra 16 di Puchong, Selangor, diikuti oleh sebuah lagi di Terminal 2 KLIA. 

 

Restoran baharu ini menjadi bukti kepada pertumbuhan pesat jenama ini dan popularitinya yang kekal relevan, dalam aspirasi A&W Malaysia untuk mencapai 130 cawangan di seluruh negara menjelang 2024.

 

Satu keunikan A&W di Kangar ini adalah komitmennya untuk menawarkan perkhidmatan 24 jam kepada komuniti setempat, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. 

 

Ini bermakna bahawa penduduk Perlis dan juga pelawat yang singgah ke negeri ini dapat menikmati makanan A&W kegemaran mereka pada bila-bila masa sahaja, pada waktu siang mahupun malam dan menjadikannya tempat tumpuan, termasuk untuk mendapatkan kudapan lewat malam di Kangar.

 

Selain itu, restoran A&W baharu di Kangar ini turut akan menawarkan kemudahan perkhidmatan pandu lalu, justeru memenuhi keperluan mereka yang lebih suka menjamu selera di restoran dan juga mereka yang ingin mendapatkan makanan untuk dibawa dalam perjalanan. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, George Ang berkata, pihaknya telah berkembang bersama-sama Malaysia, merangkumi pelbagai lapisan generasi warga Malaysia. 

 

 

A&W

 

 

"Sealiran dengan peredaran masa, A&W turut berubah untuk memberi perkhidmatan kepada generasi baharu dan pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri ikonik yang menjadikan kami benar-benar AWesome (Hebat).

 

"Komitmen kami terhadap inovasi berterusan memastikan kami dapat memberikan tawaran yang hebat kepada semua. Hari ini, kami melebarkan sayap A&W ke satu lagi komuniti setempat. 

 

 

A&W

 

 

A&W

 

 

"Percayalah, kami tidak berhenti di sini sahaja, dan kami tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak  kejayaan bersama-sama dengan semua warga Malaysia," katanya.

 

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif A&W Restaurants Incorporated, Kevin Bazner pula berkata, Malaysia mempunyai makna yang  istimewa di dalam keluarga besar A&W seluruh dunia. 

 

 

A&W

 

 

Katanya, negara ini bukan sahaja memberikan sambutan yang baik kepada jenama itu sejak enam dekad lalu tetapi turut menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan antarabangsa. - DagangNews.com