A&W sasar buka 150 cawangan menjelang 2025 bagi perkukuh jenama di Malaysia | DagangNews Skip to main content

A&W sasar buka 150 cawangan menjelang 2025 bagi perkukuh jenama di Malaysia

(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Bhd, Lee Yeow Seng; Ketua Pegawai Operasi A&W Malaysia, Sophia Ch’ng, George Ang, Pengarah Urusan A Great American Brand International Pte Ltd, Martin Lim, dan Penolong Pengurus Besar Kumpulan MUI, Frances Tung ketika pelancaran cawangan ke-100 A&W di Sierra Fresco, Puchong South, baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 Julai - A&W, perintis rangkaian makanan segera Malaysia sejak 1963, menyasarkan sebanyak 150 restoran dibuka menjelang 2025 sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama makanan segera terkemuka di negara ini.

 

Selain itu, A&W turut meraikan pembukaan restoran ke-100 di pusat beli-belah Sierra Fresco, di Puchong South, sempena ulang tahunnya yang ke-60 bertapak di negara ini.

 

Restoran baharu A&W itu menampilkan konsep baharu suasana gaya restoran Amerika yang mengalu-alukan kehadiran penduduk sekitar untuk merasai gaya retro sambil menikmati menu klasik kegemaran mereka serta tawaran menu yang sesuai dengan citarasa generasi baharu.

 

Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, George Ang berkata, sejak 60 tahun lalu, A&W telah menyematkan jenamanya ke dalam hati, minda dan citarasa rakyat Malaysia merentasi pelbagai generasi. 

 

Namun katanya, seiring dengan perubahan masa, kami turut  berkembang untuk memenuhi keperluan generasi baru sambil mengekalkan ciri ikonik mereka.

 

"Komitmen kami terhadap inovasi berterusan memberikan jaminan bahawa kami terus menyediakan tawaran yang menyegarkan kepada semua rakyat Malaysia. 

 

"Tanpa dibuai dengan rasa selesa atas kejayaan masa lalu, A&W berharap untuk terus berkembang bersama Malaysia selama beberapa dekad dan juga generasi akan datang," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

 

A&W

 

 

Sementara itu, Restoran ke-100 A&W memperkenalkan kiosk tempahan sendiri yang pertama seumpamanya di mana-mana restoran A&W di Malaysia, membolehkan pelanggan dengan hanya beberapa klik untuk memesan hidangan mereka. 

 

Selain pembukaan restoran ke-100, A&W Malaysia juga telah membuka restoran A&W lapangan terbang pertamanya di balai berlepas antarabangsa Terminal 2 KLIA pada 11 Julai 2023 dan dijangka akan melihat lebih banyak restoran A&W dibuka di lapangan terbang tidak lama lagi. 

 

Dalam pada itu, A&W turut melancarkan restoran usaha niaga pertamanya di Kangar, Perlis (akan dibuka pada pertengahan Ogos 2023). 

 

 

A&W

 

 

Pelanggan juga akan menyaksikan lebih banyak perkara menarik dari A&W untuk tempoh 12 bulan yang akan datang, termasuk rancangan untuk meluaskan kehadirannya di taman tema dan kawasan rehat dan rawat strategik di sepanjang lebuh raya utama. 

 

 

A&W

 

 

Selain itu restoran pandu-lalu akan menjadi satu lagi tumpuan A&W bagi memenuhi trend dan permintaan semasa pelanggan.


 

parafrasa

 


Komitmen terhadap inovasi dan kualiti membolehkan jenama itu kekal relevan, sama seperti restoran pertamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Restoran A&W lagenda di Petaling Jaya yang merevolusikan konsep pandu lalu. - DagangNews.com