KUALA LUMPUR 15 April – Hayat, pengeluar lampin kelima terbesar dunia, mengumumkan pasangan selebriti popular Scha Alyahya dan Awal Ashaari sebagai duta jenama yang pertama bagi jenama lampin Molfix di Malaysia.
Molfix telah diguna oleh berjuta bayi dan ibu di lebih 100 buah negara dan sebelum jenama ini meluas di negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand, dan Malaysia, Molfix telah membuat kajian ke atas ibu dan kanak-kanak secara meluas bagi memenuhi keperluan serta gaya hidup terkini.
Hari ini, melalui jenama Molfix, mereka sekali lagi bersedia untuk memberi sentuhan istimewa yang lembut, selesa serta dapat mengukir senyuman dan kebahagiaan kepada para ibu dan bayi di Malaysia.
Mengulas mengenai keluarganya yang terpilih sebagai duta jenama Molfix, Awal Ashaari berkata, beliau sekeluarga juga berpeluang melawat negara Turki di mana terletaknya Pusat R&D, fasiliti pembuatan serta berpeluang untuk melihat setiap perincian.
''Kami tidak pernah sesekali bekerja dengan jenama yang kami tidak percaya. Justeru itu, kami berpendapat bahawa Molfix memenuhi permintaan para ibu bapa dan kami telah menemukan lampin yang terbaik bagi anak kami dan bayi yang lain,” ujarnya.
Scha Alyahya berkata, beliau mula mengenali jenama Molfix buat pertamanya kalinya ketika sedang berjalan di kedai serbaneka dan pasar raya kerana jenama tersebut merupakan antara jenama yang terkenal di Turki.
“Ia memang menarik minat saya. Apabila kami menimang anak kedua, jenama Molfix masih belum memasuki Malaysia.
‘’Kini, apabila saya berkesempatan untuk mencuba produk Molfix pada Lila, dan apabila jenama tersebut memilih saya, saya berasa amat berbesar hati kerana terpilih sebagai duta.
''Setelah mencuba produk tersebut, Lila memakainya dan dia dilihat berasa amat selesa dan gembira walaupun ketika sedang aktif kerana lampin ini tidak menyebabkan sebarang ruam dan kegatalan pada kulitnya.
‘’Ia membantu anak saya menjalani aktivitinya dengan baik. Perkara-perkara sebegini mampu membuatkan kaum ibu seperti saya berasa amat senang hati dan tenang,” tambah Scha Alyahya.
Pengurus Besar Hayat Malaysia, Alp Bilgili berkata, kualiti dan profesionalisme yang dimiliki oleh kedua-dua ikon tersebut selaras dengan jenama Molfix dalam membantu usaha syarikat untuk menyampaikan keunikan dan kebaikan produk ini dengan setiap keluarga di Malaysia.
Molfix berhasrat untuk menjadi antara jenama terkemuka dalam masa lima tahun di setiap negara dengan menawarkan produk penjagaan bayi yang berkualiti premium.
Pengguna kini lebih berhati-hati dan cenderung untuk memilih produk yang diperbuat daripada bahan semulajadi bagi memastikan produk tersebut tidak mengakibatkan ruam pada kulit sensitif.
Dengan matlamat untuk menawarkan produk yang lebih baik serta dalam usaha untuk memahami keperluan pengguna Melayu, Molfix berharap dapat memberikan keselesaan dan kegembiraan kepada bayi-bayi di seluruh Malaysia. – DagangNews.com