KUALA LUMPUR 2 Dis – Bagi menangani isu keperluan perlindungan yang meningkat ekoran perjalanan antarabangsa yang semakin kerap, AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) memperkenalkan SmartTraveller Enhanced ̶ insurans perjalanan pertama dalam pasaran Malaysia yang menyediakan perlindungan untuk penyakit berkaitan pandemik sehingga RM350,000.
Pelancong kini boleh memilih untuk menambah Pandemic Cover (Perlindungan Pandemik) untuk percutian ke luar negara bagi menampung pembatalan perjalanan, sekatan perjalanan, perbelanjaan perubatan, hospital dan rawatan, elaun hospital, pemindahan perubatan kecemasan, penghantaran pulang perubatan kecemasan dan penghantaran pulang jenazah jika didiagnosis dengan penyakit pandemik.
Kebanyakan negara mula melonggarkan sekatan perjalanan dan telah membuka semula sempadan secara berperingkat.
Langkah ini juga disusuli dengan syarat yang mewajibkan pelancong asing yang bercuti ke negara mereka memiliki insurans perjalanan yang turut meliputi perbelanjaan perubatan berkaitan COVID-19.
Dengan senario COVID-19 masih berterusan, ramai pelancong khuatir sama ada mereka akan ditanggung dan dilindungi daripada pandemik ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AXA, Emmanuel Nivet berkata, insurans perjalanan menjadi keutamaan pada masa kini berbanding sebelumnya dan ia merupakan langkah pelindungan bagi mendepani pelbagai kecemasan dan perbelanjaan yang tidak dijangka.
Beliau berkata, apabila pelancong peka dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku, mereka memilih untuk memastikan perjalanan mereka selamat dengan merancang perjalanan dengan lebih awal bagi menikmati percutian mereka dengan minda yang tenang.
Katanya, walaupun kebanyakan polisi umum insurans mengecualikan perlindungan pandemik, AXA berbesar hati untuk mengubah perkara itu dengan mempertingkatkan perlindungan dan menjadi syarikat insurans pertama dalam pasaran yang memperkenalkan Perlindungan Pandemik dengan liputan meluas untuk percutian ke luar negara.
Sejak dilancarkan, pelan ini menerima sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pelancong dan kami menjangkakan permintaan akan terus berkembang. Kami yakin liputan ini akan menangani jurang perlindungan dalam pasaran dan memberi manfaat kepada semua pelancong,” kata Emmanuel dalam kenyataan di sini.
Selain Perlindungan Pandemik untuk perjalanan ke luar negara, SmartTraveller Enhanced ̶ turut dilengkapi dengan perlindungan komprehensif yang lain seperti:
- Elaun Hospital – Sehingga RM10,500 (atau RM350/sehari untuk percutian luar negara)
- Pampasan Terhadap Kerosakan Barangan Peribadi & Ketidakselesaan Perjalanan– Sehingga RM7,500
- Pembatalan & Sekatan Perjalanan– Sehingga RM20,000
- Pemindahan Perubatan Kecemasan & Penghantaran Pulang
- Kemudahan serahan tuntutan dalam talian dan banyak lagi!
Bagi perjalanan darat melibatkan cuti inap (staycation) atau domestik, pelancong boleh memilih pelan insurans Perjalanan Jom Lokal yang akan melindungi segala bayaran yang tidak boleh ditebus balik sebelum pembatalan perjalanan, gangguan perjalanan, perlindungan e-dompet, keracunan makanan dan banyak lagi.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SmartTraveller Enhanced dan Jom Lokal Travel, anda boleh menghubungi rangkaian agen, rakan sekutu, atau menghubungi Khidmat pelanggan AXA di +603 2170 8282. SmartTraveller Enhanced juga boleh diperolehi dengan mudah menerusi AXA Travel Online. – DagangNews.com