Azlina Mahmad dilantik sebagai ahli lembaga pengarah CIMB | DagangNews Skip to main content

Azlina Mahmad dilantik sebagai ahli lembaga pengarah CIMB

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 2 Mei - CIMB Group Holdings Bhd melantik Datin Azlina Mahmad sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutifnya berkuat kuasa 1 Mei 2023.

 

Azlina, 56, merupakan Pengarah Kepentingan Awam dan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Bursa Malaysia sejak 16 March 2021.

 

Beliau juga pernah menjadi pengarah eksekutif bank korporat global JP Morgan Chase Bank Bhd dari 2010 hingga 2021, kata CIMB dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Sebelum itu, beliau adalah ketua pegawai dan pengarah eksekutif dan naib presiden pengurusan risiko kredit global di JP Morgan Chase.

 

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi, The Wharton School of Business, University of Pennsylvania, Philadelphia, Amerika Syarikat dan Sarjana Muda Sastera, Kolej Sastera dan Sains juga dari universiti yang sama. - DagangNews.com