Bahagian kejuruteraan polimer diramal jadi pemacu utama pendapatan Texchem pada separuh kedua 2024 | DagangNews Skip to main content

Bahagian kejuruteraan polimer diramal jadi pemacu utama pendapatan Texchem pada separuh kedua 2024

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Julai - Bahagian kejuruteraan polimer diramal menjadi pemacu utama pendapatan Texchem Resources Bhd pada separuh kedua 2024, didorong penerimaan kontrak baharu daripada pelanggan sektor semikonduktor dan perubatan sains hayat.

 

RHB Investment berkata, unit industryi kumpulan itu juga mencatatkan pemulihan jumlah jualan bagi memudahkan pelarasan inventori pelanggan selain menstabilkan harga bahan kimia.

 

"Pihak pengurusan juga melihat limpahan permintaan kepada negara-negara ASEAN dari China disebabkan perang perdagangan antara negara itu dan Amerika Syarikat (AS) dan sedang berusah mengusasai bahagian pasaran ini," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan keuntungan teras 2QFY24 sebanyak RM1 juta menjadikan kerugian teras 1HFY24 mengecil kepada RM400,000 berbanding RM5 juta pada tahun sebelumnya. 

 

Prestasi itu adalah selaras dengan jangkaan dan firma penyelidikan itu menjangkakan pendapatan yang lebih kukuh di hadapan, didorong oleh pemulihan jumlah dan pengembangan margin daripada manfaat operasi merentas semua unit perniagaan.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Texchem catat peningkatan hasil 12% kepada RM570 juta pada 1HFY24 didorong pemulihan segmen kejuruteraan industri

 

RHB Investment berkata, bahagian restoran kumpulan itu berjaya mencapai titik pulang modal dengan terus meningkatkan pengoptimuman kos selain meningkatkan usaha pemasaran serta promosi bagi meningkatkan jualan.

 

"Kami menjangkakan separuh kedua 2024 lebih kukuh, didorong peningkatan bermusim dan perkembangan positif dalam sektor pengguna yang boleh memanfaatkan sasaran pasaran.

 

"Bahagian makanan mungkin terus menghadapi cabaran disebabkan langkah kawalan tukara mata wang asing di Myanmar, tetapi pengurusan merancang untuk merangsang permintaan tempatan dan mempelbagaikan rantaian bekalan dari sana untuk mengurangkan kesan ini," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.44 sesaham.- DagangNews.com