Bala Pomaleh dipilih sebagai presiden baharu Persatuan Pakar Media | DagangNews Skip to main content

Bala Pomaleh dipilih sebagai presiden baharu Persatuan Pakar Media

Bala Pomaleh

KUALA LUMPUR 6 Jun — The Media Specialists Associations atau Persatuan Pakar Media (MSA) mengumumkan Bala Pomaleh sebagai presiden baharunya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 3 Jun lalu.

 

Bala merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) Mediabrands Malaysia bersama Dheeraj Raina, CEO Dentsu Malaysia telah dipilih sebagai naib presiden baharu. Kedua-dua mereka akan berkhidmat bagi penggal 2022 hingga 2024.

 

"Dua tahun lepas telah mencetuskan perubahan besar dalam kancah media, namun kami juga telah melihat skop besar untuk inovasi dan pertumbuhan Teknologi baharu," kata Bala dalam kenyataan media.

 

Beliau menambah bahawa cabaran semasa dalam industri media adalah untuk mengembangkan asas bakat dan meningkatkan keupayaan dan kemahiran baharu selaras dengan keperluan pelanggan.

 

"Dan cabaran itu hanya boleh diselesaikan melalui kerjasama rapat dengan rakan industri saya dan badan industri yang berkaitan, dan saya berharap kami dapat membina perpaduan yang lebih baik," kata Bala.

 

 

Dheeraj Raina
                                     Dheeraj Raina

 

 

AGM tersebut juga memilih Wong Pi Yee sebagai bendahari dan Vanitha Selvathurai sebagai setiausaha.

 

 

Wong Pi Yee
                                Wong Pi Yee

 

 

Vanitha Selvathurai
            Vanitha Selvathurai

 

 

Persatuan Pakar Media Malaysia (MSA) ditubuhkan untuk membantu dan menyokong agensi yang pakar dalam menyediakan penyelidikan media, perancangan strategik, rundingan media dan perkhidmatan penempatan.

 

Majlisnya merangkumi ahli seperti Ampersand Advisory, Invictus Blue, dan MediaEdge:CIA. - DagangNews.com