BAT komited capai sifar bersih pelepasan menjelang 2050 | DagangNews Skip to main content

BAT komited capai sifar bersih pelepasan menjelang 2050

LONDON, 18 Okt - Bersempena Hari Tindakan Iklim pada Jumaat lalu, BAT mengumumkan syarikat tersebut telah memeterai kempen Race to Zero yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, komited untuk mencapai sifar bersih pelepasan menjelang 2050.

 

Mengehadkan peningkatan di dalam purata suhu global ke paras 1.5°C di atas paras pra-industri mengkehendaki tindakan besar dan meluas – dan syarikat-syarikat mempunyai peranan penting untuk dilaksanakan.

 

Oleh itu, BAT menyatukan sasaran kelestarian sedia adanya dengan trajektori ini dan menyatakan komitmen terhadap rantai nilai sifar bersih pelepasan menjelang tidak lebih dari 2050.

 

Race to Zero adalah pakatan terbesar seumpamanya membulatkan komitmen untuk mengurangkan sehingga separuh pelepasan asal global menjelang 2030 dan mencapai sifat bersih pelepasan karbon menjelang 2050.

 

Kempen ini mewakili lebih 4,000 perniagaan dianggarkan meliputi hampir 25% pelepasan CO2 global dan lebih daripada 50% KDNK.

 

Komitmen BAT terbit lebih awal menjelang pencapaian penting global di dalam usaha menangani perubahan iklim, termasuk G20 Summit pada Oktober dan COP26 conference  di Glasgow mengenai perubahan iklim pada November.


 

Kingsley Wheaton
Kingsley Wheaton



 

Ketua Pegawai Pemasaran BAT, Kingsley Wheaton berkata, tujuan pihaknya membina `A Better Tomorrow’ adalah bagi memastikan kelestarian berada di barisan hadapan dan tengah di dalam setiap yang dilakukan.

 

''Kami dengan bangganya, menyokong kempen Race to Zero. Ini adalah tambahan kepada langkah Kategori Baharu kami – dengan Vuse, glo dan Velo – dan cita-cita kami untuk menyediakan produk pengguna tidak berbakar 30mn dan £5bn perolehan daripada Kategori Baharu menjelang 2025,” kata beliau dalam kenyataan di sini.  

 

Langkah terbaharu ini menuruti jejak-jejak perjalanan kelestarian BAT yang berterusan:

 

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut program kelestarian BAT. - DagangNews.com