BAT tunggu 'lampu hijau' kerajaan untuk perkenal produk Vuse | DagangNews Skip to main content

BAT tunggu 'lampu hijau' kerajaan untuk perkenal produk Vuse

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Feb - British American Tobacco (BAT) bersedia untuk memperkenalkan produk vape keluaran mereka, Vuse ke pasaran sebaik sahaja mereka sebaik sahaja kerajaan menetapkan duti eksais terhadap rokok elektronik (e-rokok) dan produk vape. 

 

Hong Leong Investement Bank (HLIB) berkata, buat masa sekarang kerajaan masih belum membuat sebarang penetapan terhadap produk berkenaan bagi membolehkan undang-undang baharu dibuat.

 

Katanya, BAT telah membuat pelaburan untuk meningkatkan kesediaan produk vape mereka pada 4Q21namun pengeluarannya terpaksa ditangguhkan sementara waktu.

 

"Selepas promosi awal dibuat bagi menggalakkan orang ramai bertukar kepada Vuse, kami menjangkakan produk terbaharu itu tidak akan menjadi penyumbang utama kepada keuntungan BAT," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji larangan penjualan rokok kepada individu yang lahir selepas 2005 dan perkara itu dijangka dibentangkan di Parlimen, Mac ini termasuk peraturan penggunaan vape dan e-rokok.

 

Firma penyelidikan itu berkata, peraturan yang ketat berkemunkinan akan mendorong kepada peningkatan penjualan rokok seludup di pasaran gelap.

 

rokok

 

"Sekiranya larangan vape generasi dilaksanakan ia juga akan memberi kesan kerana vape adalah alternatif yang kurang berisiko buat perokok.

 

"Walaupun perkara itu tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, kami melihat akan berlaku penurunan pelanggan yang akan akan menjejaskan BAT untuk jangka panjang," katanya.

 

Kes COVID-19 sebelum ini juga terbukti memberi kesan negatif terhadap hasil jualan BAT bagaimanapun, pihak pengurusan yakin peningkatan kes baru-baru ini akibat varian Omicron tidak akan menjejaskan jualan mereka.

 

rokok

 

Pada masa sama, kerajaan juga memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pihak pengurusan yakin dengan pembukaan semula sektor ekonomi akan membantu pemulihan syarikat itu.

 

Firma penyelidikan itu megekalkan saranan 'pegang' untuk saham-saham BAT pada harga sasaran RM12.14 selepas mengambil kira faktor penangguhan duti eksais yang akan memberi kesan kepada produk vape syarikat itu. - DagangNews.com