Beberapa negeri lain berpotensi beralih ke fasa kedua PPN, kata PM | DagangNews Skip to main content

Beberapa negeri lain berpotensi beralih ke fasa kedua PPN, kata PM

Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 5 Julai - Beberapa buah negeri lagi selain Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis turut menunjukkan perkembangan yang amat baik dan berpotensi beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negeri berkenaan berpotensi untuk mencapai ketiga-tiga indikator nilai ambang utama dalam waktu terdekat.

 

.

 

"Alhamdulillah, selain lima buah negeri yang telah pun beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), terdapat beberapa buah negeri lagi yang menunjukkan perkembangan yang amat baik dan berpotensi untuk mencapai ketiga-tiga indikator nilai ambang utama dalam waktu terdekat.

 

"Saya berharap situasi pandemik di negara kita dapat terus dikawal dan lebih ramai rakyat dapat divaksin dalam masa terdekat dengan penerimaan bekalan vaksin yang lebih banyak pada bulan ini," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

 

Perkara tersebut dimaklumkan selepas mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui sidang video dari hospital bagi membincangkan perkembangan situasi pandemik COVID-19 hari ini.

 

Mesyuarat turut membincangkan pelaksanaan PKPD yang sedang berkuatkuasa di mukim-mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta laporan pemantauan setiap negeri di dalam fasa pemulihan negara.

 

.

 

Baca: 3 penilaian untuk beralih ke PKP Fasa 2 - PM

 

"Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan badan-badan amal, parti-parti politik, pihak swasta dan orang ramai yang tampil menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan pada masa ini di samping bantuan-bantuan disampaikan oleh pihak kerajaan.

 

"Semoga amal jariah anda semua diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T," tambah beliau.

 

Lima buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis mula beralih ke fasa kedua PPN bermula hari ini setelah memenuhi semua nilai ambang. - DagangNews.com