Bekas Timbalan Presiden SP Setia, Koe Peng Kang dilantik sebagai Pengarah MAHB baharu | DagangNews Skip to main content

Bekas Timbalan Presiden SP Setia, Koe Peng Kang dilantik sebagai Pengarah MAHB baharu

Datuk Seri Koe Peng Kang
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Dis - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melantik Datuk Seri Koe Peng Kang sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutifnya, berkuat kuasa hari ini.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MAHB berkata, bekas timbalan presiden SP Setia Bhd dan COO, 62, telah menjawat pelbagai peranan kepimpinan meliputi skop infrastruktur, pusat konvensyen, hospitaliti, projek perbandaran premium dan kediaman perbandaran.

 

Pada Julai 2023, Koe dilantik sebagai Presiden Majlis Pemaju dan Pelabur Dunia oleh Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI).

 

"Pada Oktober 2023, beliau dilantik ke Majlis Penasihat Antarabangsa Dewan Digital Dunia," katanya. - DagangNews.com