Belanjawan 2021 : 105 sokong, 95 bantah di peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri | DagangNews Skip to main content

Belanjawan 2021 : 105 sokong, 95 bantah di peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri

 

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Sebanyak 105 undian yang menyokong Belanjawan 2021 di peringkat Jabatan Perdana Menteri hari ini. 

 

Manakala, 95 menentangnya dan difahamkan seramai 22 Ahli Parlimen yang tidak menyokong. 

 

Ini bermaksud Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri selepas dibuat undian belah bahagi.

 

Speaker Dewan Rakyat, Yang di-Pertua Datuk Azhar Azizan Harun meluluskannya menerusi suara undian yang menyaksikan suara ‘setuju’ lebih kuat.

 

Seterusnya, Ahli-Ahli Parlimen akan membahaskan Belanjawan 2021 bagi kementerian-kementerian lain pula. 

 

Pada Jumaat lalu, Belanjawan 2021 diluluskan pada peringkat dasar. 

 

Undian dibuat menerusi suara Ahli-Ahli Parlimen dan menyaksikan suara-suara yang membangkang lebih sedikit.  - DagangNews.com