KUALA LUMPUR 6 Nov. - Bagi menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat, kerajaan akan memberi pengecualian duti setem sepenuhnya.
Ini diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000.
Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2025.
Di samping itu, kerajaan juga menyediakan insentif pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai yang dilanjutkan bagi tempoh 5 tahun lagi.
Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025.
Ia hanya diberikan kepada projek perumahan terbengkalai yang disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Selain itu, kerajaan juga bekerjasama dengan institusi terpilih untuk menyediakan Skim Rent-to-own.
Program ini akan dilaksanakan sehingga 2022 melibatkan 5,000 buah rumah PR1MA dengan nilai keseluruhan lebih RM1 bilion untuk pembeli rumah pertama. - DagangNews.com