Belanjawan 2023: MOF kumpul pandangan usahawan PKS – Mohd Shahar | DagangNews Skip to main content

Belanjawan 2023: MOF kumpul pandangan usahawan PKS – Mohd Shahar

Dari kiri, Dato Mohd Foad Mat Isa, Datin Noraslinda Abdullah, , Datin Dr. Syarifah Nur Insyirah Saifuddin Shah, Datuk Mohd Shahar Abdullah, Saddam Hussein Hasrat dan Siti Nurfarahin Mohd Sharif pada sesi libat urus Pemerkasaan Keusahawanan dan Majlis Ramah Mesra Fersyella One Stop Beauty Centre di Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2022.
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Pandangan dan harapan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat pandemik COVID-19 lalu, akan menjadi salah satu panduan Kementerian Kewangan (MOF) dalam merangka Belanjawan 2023 yang lebih holistik.

 

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, sudah pastinya Belanjawan 2023 amat penting untuk melonjak kembali syarikat-syarikat ini, sekurang-kurangnya mereka dapat mencapai prestasi keuntungan atau prestasi kemajuan seperti sebelum pandemik.

 

"Kita nak turun, nak mendengar apa sebenarnya yang mereka mahukan kerana kita tidak boleh lagi melihat laporan-laporan yang (bersifat) kosmetik, yang mungkin cantik di Putrajaya tetapi tidak cantik di lapangan," katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sesi libat urus Pemerkasaan Keusahawanan dan Majlis Ramah Mesra Fersyella One Stop Beauty Centre di sini malam tadi.

 

Yang turut hadir ialah isteri beliau, Datin Dr. Syarifah Nur Insyirah Saifuddin Shah; Pengasas Fersyella onestopbeautycentre, Siti Nurfarahin Mohd Sharif; Penolong Pengarah Urusan Fersyella, Saddam Hussein Hasrat; dan Presiden PEKIDA Malaysia, Dato Mohd Foad Mat Isa serta isteri, Datin Noraslinda Abdullah.

 

Mohd Shahar berkata, menerusi sesi libat urus tersebut ia dapat membantu kementerian merancang peruntukan yang lebih baik khususnya untuk pemerkasaan pengusaha PKS di negara ini.

 

“OF kini berbeza bukan hanya melihat syarikat-syarikat besar, namun sentuhan khusus turut diberi perhatian kepada pengusaha PKS,” kata beliau.

 

 

shahar
Datuk Mohd Shahar Abdullah

 

 

Majlis Rumah terbuka dan ramah mesra Fersyella ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan pembukaan “Fersyella; One Stop Beauty Centre” dan berkongsi kejayaan usahawan wanita yang gigih dalam memperkenalkan produk keluaran sendiri dan mempunyai jenama tersendiri iaitu Siti Nurfarahin, pengasas Fersyella.

 

Di bawah Fersyella; One Stop Beauty Centre, Siti Nurfarahin atau lebih mesra digelar `Puan Farah’ telah merangka beberapa perancangan bagi memperkembangkan empayar Fersyella dalam tempoh 2 tahun yang terdekat dan berhasrat untuk membuka Klinik Kecantikan (Kulit) yang akan diusahakan bersama adiknya, yang juga merupakan seorang Pegawai Perubatan iaitu Dr Yusuf Mohd Sharif. Mereka menyasarkan untuk membuka beberapa cawangan pada masa akan datang.

 

 

Siti Nurfarahin Mohd Sharif
Siti Nurfarahin Mohd Sharif

 

 

Penganjuran majlis ini mendapat perhatian beberapa agensi setempat untuk membuka ruang pameran bagi memperkenalkan produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi yang turut serta.

 

Objektif utama majlis ini adalah untuk mengajak seluruh individu atau agensi tertentu bagi memantapkan dan mempertingkatkan taraf hidup sosio-ekonomi dan budaya masyarakat sekitar dan sekaligus dapat memperkasakan bidang keusahawanan yang dapat dilihat tumbuh bak bagai cendawan selepas hujan. – DagangNews.com