Belia berumur 25-29 paling ramai hilang kerja - Perkeso | DagangNews Skip to main content

Belia berumur 25-29 paling ramai hilang kerja - Perkeso

hilang kerja

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Belia yang berumur antara 25 hingga 29 tahun dilihat paling ramai kehilangan pekerjaan.

 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkata, statistik yang dicatatkan hingga 31 Disember 2020 itu terjadi disebabkan dasar pemberhentian 'Last in, First out' yang dilakukan para majikan.

 

"Statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) menunjukkan bahawa belia berumur antara 25 hingga 29 tahun adalah golongan yang paling ramai kehilangan pekerjaan.

 

"Perkara ini terjadi disebabkan dasar pemberhentian 'Last in, First out' yang diamalkan oleh kebanyakan majikan.

 

"Kebiasaannya, majikan akan mengekalkan pekerja lama berbanding pekerja baharu yang kurang berpengalaman," jelas Perkeso dalam satu hantaran di halaman Facebooknya.

 

.

 

Bagaimanapun, mereka yang terlibat dalam kes kehilangan kerja boleh mendapatkan bantuan kewangan dan pencarian pekerjaan pekerjaan daripada pejabat SIP.

 

Bagi tujuan tersebut, orang ramai boleh melayari pautan https://myfuturejobs.gov.my untuk maklumat lanjut atau https://eis.perkeso.gov.my untuk permohonan faedah.  

 

Elaun Mencari Pekerjaan melalui SIP yang dijalankan oleh Perkeso selama enam bulan.

 

Bagaimanapun, dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan SIP selama tiga bulan lagi di samping perubahan kadar layak menuntut.

 

Baca: BELANJAWAN 2021: Elaun SIP Perkeso dilanjut 3 bulan lagi 

 

Kadar tuntutan diubah kepada 80% gaji bagi bulan pertama, 50% bagi bulan kedua hingga keenam dan seterusnya 30% bagi tiga bulan terakhir. - DagangNews.com