Belum ada keputusan pelantikan PM ke-10 setakat ini - Anwar | DagangNews Skip to main content

Belum ada keputusan pelantikan PM ke-10 setakat ini - Anwar

Datuk Seri Anwar ibrahim ketika mengadakan sidang akhbar selepas mengadap Agong di Istana Negara pada 22 November 2022

KUALA LUMPUR 22 Nov - Belum ada sebarang keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10 setakat ini, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Anwar berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah perlu ada kesepakatan, kerjasama semua pihak untuk bentuk kerajaan yang kukuh, lapor Bernama.

 

“Saya junjung kasih kerana Tuanku titah mengadap untuk sampaikan pandangan Tuanku, bahawa perlu ada kesepakatan semua pihak supaya kerajaan kukuh..

 

“Kerajaan yang ditubuhkan kelak harus wakili semua pihak, kaum, dan wilayah.

 

“Tiada apa apa keputusan lagi setakat ini,” katanya ketika ditanya mengenai status Perdana Menteri Interim, menurut ciapan Twitter Firdaus Azil.

 

“Kita minta kebijaksanaan Agong untuk putuskan sebaik mungkin," katanya. - DagangNews.com