Berbuka puasa sambil menyusuri sungai, atas menara drawbridge tarikan terbaharu pelancongan bulan Ramadan di Terengganu | DagangNews Skip to main content

Berbuka puasa sambil menyusuri sungai, atas menara drawbridge tarikan terbaharu pelancongan bulan Ramadan di Terengganu

Oleh HUSNA ABDULLAH

KUALA TERENGGANU 30 Mac - Industri pelancongan di Terengganu semakin meriah dengan ketibaan Ramadan tahun ini melalui beberapa pakej berbuka puasa yang diperkenalkan oleh penggiat industri termasuk anak-anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu.

 

Antara yang mendapat sambutan hangat ialah pakej berbuka puasa di atas cruise milik Taman Tamadun Islam (TTI), bot milik Cas Ligas Sdn Bhd dan beberapa pengusaha persendirian sambil menyusuri Sungai Terengganu.

 

 

parafrasa

 

 

Pengurus Besar TTI Management Sdn Bhd, Ahmad Bukhori Ghazali berkata, pengunjung mempunyai tiga pilihan berbuka puasa sama ada di atas cruise, dalam dewan konvensyen dan di restoran B'Beteng dengan kadar harga berbeza antara RM49 hingga RM69 mengikut pakej yang ditawarkan.

 

"Bagi mereka yang inginkan pengalaman unik, akan memilih berbuka puasa di atas cruise kerana dapat menikmati keindahan alam semulajadi sepanjang pesisir Sungai Terengganu.

 

 

parafrasa
Restoran B'Beteng pula membolehkan pengunjung berbuka puasa sambil menikmati keindahan Sungai Terengganu di Taman Tamadun Islam.

 

 

"Mereka akan dibawa menyusuri sungai dengan melewati beberapa lokasi pelancongan terkenal seperti Masjid Kristal, Pasar Kedai Payang dan Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Drawbridge).

 

 

parafrasa

 

 

"Pengunjung akan diberi peluang bergambar dan merakam video kenang-kenangan dengan latar belakang jambatan ikonik itu yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu," katanya kepada DagangNews.com hari ini.

 

Cas Ligas Sdn Bhd pula memperkenalkan semula tradisi lama penduduk Terengganu yang berbuka puasa dengan nasi tenong (mangkuk tingkat) yang berlaukkan ikan baung masak tempoyak, ulam-ulaman dan buah-buahan.

 

Pengerusi Cas Ligas, Zakaria Dagang berkata, pengunjung akan dijamu hidangan tradisional itu sambil menaiki bot Payang Water Taxi.

 

 

parafrasa

 

parafrasa
Cas Ligas Sdn Bhd memperkenalkan semula tradisi berbuka puasa dengan nasi tenong (mangkuk tingkat) sambil menaiki bot menyusuri Sungai Terengganu. - Gambar DagangNews

 

"Mereka juga berpeluang melihat sendiri percikan bunga api yang terhasil dari bedilan meriam di puncak Bukit Pak Apil dari atas bot sebaik sahaja masuk waktu azan Maghrib untuk berbuka puasa.

 

"Bedilan meriam itu adalah momen yang sangat dinanti-nantikan umat Islam di Terengganu sejak beratus tahun lalu dan ia boleh didengari dari atas bot.


 
"Setakat ini, sambutan diterima sangat menggalakkan dari jabatan dan agensi kerajaan serta swasta dan syarikat korporat yang ingin meraikan kakitangan mereka berbuka puasa dengan pengalaman istimewa yang kami tawarkan," katanya.

 

Selain itu, pakej berbuka puasa di atas menara Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Drawbridge) juga menjadi tumpuan pengunjung yang mahukan suasana eksklusif dengan panorama indah di atas ketinggian 106 meter dari aras laut.

 

TI Properties Sdn Bhd iaitu operator jambatan tersebut turut menawarkan pakej berbuka puasa di ruangan Sky Terrace dengan  lantai kaca untuk pengunjung, iaitu lokasi pertama seumpamanya di Terengganu.

 

 

parafrasa

 

wainuiomata
Pengunjung berbuka puasa di atas lantai kaca setinggi 106 meter dari aras laut di ruangan Sky Terrace, Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

 

 

Pengurus Pemasaran TI Properties, Farhana Adila Mohamad Yunus berkata, pakej berbuka puasa di ruangan Sky Terrace itu adalah ekslusif dan terhad untuk lapan hingga 10 pengunjung sahaja dalam satu-satu masa.

 

"Ia adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana dapat menikmati keindahan matahari terbenam dengan latar belakang pemandangan Laut China Selatan.

 

 

parafrasa
Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam sentiasa diimarahkan dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan kali ini.

 

 

"Ini juga antara tarikan utama pelancong yang datang berbuka puasa di atas menara jambatan terutama golongan pempengaruh media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTuber dan Tik Tok," katanya. - DagangNews.com