Bintai Kinden dapat kontrak RM9.78 juta dari TNB | DagangNews Skip to main content

Bintai Kinden dapat kontrak RM9.78 juta dari TNB

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 8 Mac – Syarikat kejuruteraan, Bintai Kinden Corportation Berhad menerusi anak syarikatnya, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn. Bhd. (KBK) berjaya meraih kontrak bernilai RM9.78 juta dari Tenaga Nasional Berhad (TNB).

 

Ini susulan KBK menerima surat tawaran dari TNB hari ini, dilantik untuk melakukan penggantian dan pembaikan aset untuk pengubah, pembumian pengubah dan reaktor kepada PMU 275/33 KV Grik.

 

Pengarah Urusan Bintai Kinden, Ong Choon Lui berkata, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan perolehan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021 selain perolehan dan aset bersih sesaham kumpulan syarikat pada masa akan datang sepanjang tempoh kontrak itu.

 

"Termasuk kontrak ini, Bintai Kinden telah berjaya meningkatkan buku tempahan bernilai kira-kira RM236.67 juta, di mana bakal menawarkan kadar perolehan sihat bagi tempoh dua tahun akan datang,“ jelasnya dalam kenyataan hari ini.

 

Menurut kenyataan sama, Bintai Kinden tidak meramalkan sebarang risiko besar yang akan wujud dalam kontrak itu kecuali risiko perniagaan biasa.

 

Dalam sebuah makluman berbeza di Bursa Malaysia, kontrak itu tidak akan diperbaharui dan dijangka selesai dalam tempoh 540 hari dari tarikh pelaksanaan.

 

Setakat 2.49 petang, nilai saham Bintai Kinden menyusut RM0.005 daripada RM0.520 kepada RM0.515.

 

Nilai saham TNB pula menokok RM0.120 daripada RM10.340 kepada 10.460 setakat 2.51 petang. – DagangNews.com