Bliese sasar jualan 4 juta botol EDP menjelang akhir 2023 | DagangNews Skip to main content

Bliese sasar jualan 4 juta botol EDP menjelang akhir 2023

Suhaimi Saiful (tiga, kiri) ketika pelancaran botol wangian badan EDP wajah baharu, baru-baru ini. - Gambar Facebook Suhaimi Saiful
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Sept - Syarikat wangian tempatan, Bliese (M) Sdn Bhd (Bliese) menyasarkan jualan sebanyak 4 juta botol wangian badan EDP wajah baharu menjelang akhir tahun 2023.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Saiful berkata, ia berikutan sebanyak 20,000 botol terjual hanya dalam masa 45 minit selepas pelancarannya, baru-baru ini.

 

Beliau berkata, ia juga bertujuan untuk memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan serta meluaskan pengaruh dan mengukuhkan penjenamaannya dalam kalangan pengguna tempatan.

 

"Terbukti wangian badan Bliese yang mempunyai 10 bauan lelaki dan 10 bauan wanita ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

 

“Pelancaran ini adalah disebabkan kami ingin membuat inovasi baru setelah 3 tahun kemunculan wangian badan tersebut. Wajah baharu EDP ini menampakkan lebih eksklusif dan elegan. Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur," katanya dalam satu kenyataan.

 

Menurut Suhaimi, antara inovasi terbaru yang dilakukan adalah menambahkan isipadu wangian badan tersebut dari 30 mililiter (ml) kepada 35ml. 

 

Beliau berkata, penambahbaikan telah dilakukan dengan botol yang lebih berkualiti serta bungkusan kotak eksklusif, membuatkan jenama Bliese unik dan seiring dengan jenama wangian terkemuka dunia lain. 

 

 

bliese

 

 

"Tambahan, Bliese juga menawarkan pilihan kelas bauan bagi pengguna mereka, mengikut personaliti yang tersendiri seperti ‘Classic’, ‘Bold’, ‘Blooming’ dan ‘Intense’," katanya.

 

Selain pelancaran itu, seramai 60 'Leader Bliese' yang terdiri daripada dua peringkat tertinggi iaitu ‘Pioneer dan Master Stockist’ menyertai program tersebut selama 2 hari.

 

 

bliese

 

 

bliese

 

 

bliese
Suhaimi Saiful (lima, kiri) bergambar bersama beberapa Pioneer Bliese semasa pelancaran botol wangian badan EDP wajah baharu, baru-baru ini.

 

 

Mereka turut memeriahkan majlis sambutan ulang tahun Bliese yang ke-3 dengan slogan #MelangkahLebihBerani bagi meningkatkan lagi semangat usahawan Bliese.

 

Fokus utama syarikat wangian tempatan itu adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan berjaya yang berkualiti menjelang tahun 2023. 

 

Sehingga hari ini, Bliese mempunyai lebih dari 15,000 usahawan berdaftar di seluruh Malaysia. - DagangNews.com