Boost kenalkan perkhidmatan pembiayaan kepada PKS bermula dari RM50,000 | DagangNews Skip to main content

Boost kenalkan perkhidmatan pembiayaan kepada PKS bermula dari RM50,000

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 19 Sept - Boost Bank memperkenalkan rumusan kewangan melalui perkhidmatan pembiayaan kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) bermula dari RM50,000. 

 

Menurut Boost Bank, pembiayaan yang akan dilancarkan pada awal Oktober itu bakal menampilkan dua produk pembiayaan utama iaitu pinjaman berjangka dan kredit pusingan. 

 

"Rumusan pembiayaan PKS Boost Bank menawarkan proses permohonan mudah yang melibatkan hanya dokumentasi minimum dan tiada yuran tersembunyi.

 

"Dengan proses pembiayaan yang pantas, perniagaan boleh mendapatkan modal dalam masa yang singkat, terutamanya pada waktu yang amat diperlukan.

 

"Selain itu, pembiayaan ini menyediakan rumusan kewangan fleksibel memenuhi pelbagai keperluan PKS supaya mereka terus berkembang maju," katanya dalam satu kenyataan. 

 

Bank digital itu turut berkata, kemudahan pinjaman berjangka menawarkan tempoh sehingga 36 bulan dan tanpa sebarang yuran penyelesaian awal bagi membolehkan perniagaan menguruskan aliran tunai mereka dengan lebih cekap.

 

Kemudahan kredit pusingan pula menyediakan akses pantas kepada dana, memperkasakan perniagaan untuk bertindak balas secepatnya terhadap peluang dan cabaran kewangan.

 

 

ghgjkgh
Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, Fozia Amanulla

 

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, Fozia Amanulla mengulas tentang misi syarikat untuk mengubah keterangkuman kewangan dan menyuntik kesan berpanjangan komuniti yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan di Malaysia.

 

"Dengan memanfaatkan inovasi digital serta ekosistem teknologi kewangan, pembiayaan ini akan memperkasakan PKS," ujar beliau.

 

ghgjkgh
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon pula berkata, rumusan pembiayaan ini menandakan satu detik penting dalam membina asas ekosistem kewangan digital bersepadu.

 

"PKS bukan sahaja merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia, tetapi juga merupakan enjin inovasi. 

 

"Di Boost, kami menyasar untuk memperkasakan peniagaan melalui inovasi digital dan usaha ini adalah bukti komitmen kami untuk memupuk keterangkuman kewangan serta kemapanan pertumbuhan bagi sektor ekonomi yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan," jelasnya. - DagangNews.com