BSN umum Rossana Annizah Ahmad Rashid tamat perkhidmatan sebagai pengerusi | DagangNews Skip to main content

BSN umum Rossana Annizah Ahmad Rashid tamat perkhidmatan sebagai pengerusi

KUALA LUMPUR 8 Mei - Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan Rossana Annizah Ahmad Rashid telah menamatkan perkhidmatannya sebagai pengerusi selepas tiga tahun berkhidmat, berkuat kuasa 31 Januari 2023.

 

Bank itu berkata susulan itu, Mohd Sakeri Abdul Kadir kini menerajui sebagai timbalan pengerusi.

 

"BSN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Rossana Annizah atas sumbangan, perkhidmatan dan komitmen beliau dalam menjalankan tugas sepanjang tempoh perkhidmatan," kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.

 

Ia berkata Rossana Annizah telah memainkan peranan dalam transformasi digital bank itu serta mengukuhkan hala tuju BSN untuk terus melaksanakan mandat dan pelan perniagaan lima tahunnya.

 

Menurut BSN, beliau telah memegang pelbagai jawatan pengurusan semasa berkhidmat di RHB Bank Bhd, TIME Dotcom Bhd, Maxis Bhd dan Citibank Malaysia. - DagangNews.com