KUALA LUMPUR 1 Jun - Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya akan ditutup pada Isnin, 6 Jun, 2022 susulan cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Operasi akan disambung semula pada hari berikutnya Selasa, 7 Jun 2022, menurut pengendali bursa itu dalam kenyataan pada Selasa. - DagangNews.com