KUALA LUMPUR 2 Dis - Bursa Malaysia Bhd. dan anak-anak syarikatnya akan ditutup esok sempena cuti umum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Penutupan ini sejajar dengan pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim sempena meraikan kemenangan Kuala Lumpur FC (KL City) pada piala akhir Piala Malaysia, kelmarin.
"Oleh itu, Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan kembali beroperasi pada Isnin, 6 Disember ini," katanya dalam kenyataan hari ini. - DagangNews.com