Cahya Mata Sarawak memperkenalkan identiti, logo baharu seiring matlamat jadi entiti MNC | DagangNews Skip to main content

Cahya Mata Sarawak memperkenalkan identiti, logo baharu seiring matlamat jadi entiti MNC

KUCHING 10 Okt - Cahya Mata Sarawak Berhad (Cahya Mata) memperkenalkan identiti dan logo baharu, dengan tumpuan baharu untuk menjadi sebuah syarikat multinasional yang semakin berkembang.

 

Cahya Mata, dahulunya dikenali sebagai CMS, merupakan pengeluar simen pertama Sarawak, dan sejak 1974, telah berkembang menjadi syarikat tersenarai Bursa Malaysia terkemuka, dengan perniagaan syarikat tertumpu terutamanya di Sarawak.

 

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib berkata, penjenamaan semula mencerminkan transformasi Cahya Mata untuk mengembangkan kehadirannya di peringkat global.

 

 

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib. - Gambar Bernama

 

 

“Sepanjang tahun lepas, kami juga telah menyediakan pasukan pengurusan dan operasi kami untuk membawa syarikat kami ke tahap yang baharu.

 

“Kami telah memperkukuh akauntabiliti dan integriti di semua peringkat Lembaga Pengarah dan kanan pengurusan untuk membina budaya tadbir urus yang lebih kukuh merentas kumpulan,” katanya di majlis minum petang bersama media di Hotel Waterfront di sini pada Ahad. - DagangNews.com