Careplus, Qingdao Huayue Guotai dan Superlux Auto jalin kerjasama teroka potensi perniagaan tenaga baharu di negara ASEAN | DagangNews Skip to main content

Careplus, Qingdao Huayue Guotai dan Superlux Auto jalin kerjasama teroka potensi perniagaan tenaga baharu di negara ASEAN

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Jan - Careplus Group Berhad menerusi NexV Manufacturing Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Qingdao Huayue Guotai New Energy Vehicle Co. Ltd. and Superlux Auto Sdn. Bhd. bagi meneroka potensi perniagaan tenaga baharu di Malaysia serta negara ASEAN lain.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, aktiviti khusus di bawah jalinan kerjasama itu akan dimuktamadkan dan dipersetujui dalam perjanjian berasingan antara ketiga-tiga pihak.

 

Katanya, MoU akan berlangsung bagi tempoh permulaan selama enam bulan dan boleh dilanjutkan atas persetujuan semua pihak.

 

"Ia bagaimanapun boleh juga ditamatkan dengan notis bertulis tiga bulan daripada mana-mana pihak," katanya.

 

Careplus berkata, MoU itu tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar di dalam syarikat itu.

 

Katanya, ia dijangka tidak mempunyai kesan ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan Careplus untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024. - DagangNews.com