Carousell tingkatkan keselamatan platform sistem pembayaran bagi mudahkan orang ramai jual barangan dengan selamat | DagangNews Skip to main content

Carousell tingkatkan keselamatan platform sistem pembayaran bagi mudahkan orang ramai jual barangan dengan selamat

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 17 Okt - Bagi meningkatkan lagi keselamatan sistem pembayaran atas platform, Carousell, peneraju pasaran pelbagai kategori untuk perdagangan semula dan pengiklanan, memperkenalkan butang 'Beli' di Malaysia, rumusan satu-klik bagi orang ramai membeli dan menjual barangan dengan selamat dan mudah.


 
Bertujuan menangani risiko dan kesulitan transaksi dalam talian, ciri ini membolehkan pengguna untuk terus menikmati pembayaran selamat melalui platform yang dipertingkatkan, termasuk FPX, dan penghantaran bersepadu menerusi PosLaju, serta polisi-polisi 'Perlindungan Pembeli'. 

 

Pembeli hanya perlu menapis penyenaraian yang mempunyai label Perlindungan Pembeli manakala penjual boleh memilih opsyen untuk mengaktifkan butang beli pada borang penjual apabila melakukan penyenaraian.

 

Ketua Jabatan Barangan Am Carousell Singapura dan Malaysia, Cik Peh Jing Zhi berkata, pihaknya berdedikasi menyediakan platform yang dijamin selamat bagi rakyat Malaysia untuk membeli-belah dengan yakin.

 

"Kami akan sentiasa menambah baik platform dan ciri-cirinya demi mencapai matlamat itu. Butang Beli bukan sahaja memudahkan pengalaman membeli-belah barangan terpakai, tetapi juga membolehkan pengguna membeli-belah dengan lebih terjamin," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Hampir 80% pengguna Carousell yang dikaji selidik menyatakan mereka memilih untuk bertransaksi menerusi ‘Perlindungan Carousell’, bekas sistem pembayaran eskrow atas platform, untuk transaksi selamat dan terjamin. 

 

Butang beli  meningkatkan ciri-ciri Perlindungan Carousell Protection dengan menawarkan polisi Perlindungan Pembeli, seperti peningkatan sokongan pelanggan untuk menyelesaikan pertikaian apabila barangan diterima tidak seperti digambarkan atau menerima pembayaran balik sepenuhnya jika barangan tidak diterima. 

 

 

carousell

 

 

Penjual juga dilindungi daripada pembeli yang menyalahguna proses pertikaian, pemulangan, ulasan dan tempahan.


 
Penjual akan memperoleh jaminan lebih lagi apabila membeli-belah, kerana penjual tidak akan dibenarkan menyenarai dengan butang beli seandainya mereka tidak memenuhi kriteria seperti penarafan ulasan dan kadar penyempurnaan pesanan, atau terdapat banyak pesanan yang tidak dipenuhi.

 

Sementara itu, Carousell meneruskan kerjasama dengan PosLaju bagi menawarkan penghantaran bersepadu pada kadar mampu milik di samping menyelaraskan proses bagi kedua-dua penjual dan pembeli. 

 

Rumusan penghantaran bersepadu ini membolehkan pembeli menjejak pesanan mereka secara langsung melalui rakan penghantaran yang dipercayai.

 

Selain itu, Carousell Malaysia juga menganjurkan peraduan yang mana pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM7,000, seperti PlayStation5 dan Pembersih Hampagas Dyson, dengan hanya membuat pembayaran menggunakan butang beli. - DagangNews.com