Censof peroleh kontrak perkhidmatan alat timbang bernilai RM9.46 juta daripada JPJ | DagangNews Skip to main content

Censof peroleh kontrak perkhidmatan alat timbang bernilai RM9.46 juta daripada JPJ

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 12 Dis - Censof Holdings Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM9.46 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk perkhidmatan penyelenggaraan, pengesahan dan penentukuran 48 alat timbang di balai penguatkuasaan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia rumusan perisian pengurusan kewangan itu berkata kontrak tiga tahun berkenaan tamat pada Disember 2026, tanpa pilihan lanjutan apabila tamat.

 

Kumpulan itu berkata kontrak tersebut dijangka memberi kesan positif ke atas pendapatan dan aset bersihnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 (FY24) dan seterusnya.

 

Pada pukul 9:21 pagi ini, saham Censof dibuka tinggi 0.5 sen atau 2.2% kepada 23 sen dengan permodalan pasarannya bernilai RM127 juta.  - DagangNews.com