C.E.O Programme Allianz Life bakal ‘lahirkan’ bakat baharu | DagangNews Skip to main content

C.E.O Programme Allianz Life bakal ‘lahirkan’ bakat baharu

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.

 

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) melancarkan Allianz Career of Excellence and Opportunity (C.E.O.) Programme yang bertujuan memupuk bakat baharu dan melahirkan pemimpin dalam syarikat.

 

Program latihan selama 24 bulan itu menggunakan model yang terbukti berjaya dengan menerapkan bimbingan secara fokus dan peribadi antara peserta dan pihak pengurusan Allianz Life. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Joseph Gross meramalkan kemampuan peserta yang akan menjadi sebahagian daripada organisasi mereka pada tahun-tahun mendatang. 

 

Joseph Gross
Joseph Gross

 

“Saya bangga melihat pelancaran C.E.O. Programme ketika kami berusaha untuk menyediakan mekanisme pembinaan bakat yang berterusan dan berfungsi untuk meningkatkan kemahiran serta pengetahuan orang ramai. 

 

“Saya teruja memikirkan kemungkinan menerima tenaga kerja yang didorong oleh semangat untuk berkhidmat kepada masyarakat,” kata Gross dalam sebuah kenyataan. 

 

Di bawah program itu, peserta berpeluang untuk disahkan sebagai seorang Estate Planner – ejen yang pakar dalam perancangan hartanah – melalui sesi latihan yang berintensiti tinggi.

 

Peserta juga akan menerima bantuan kewangan bulanan yang dijamin dengan jumlah sehingga RM12,000 sepanjang dua tahun tersebut.

 

Pada bulan November lalu, syarikat insurans tersebut telah menandatangani perjanjian latihan perkhidmatan dengan Malaysian Financial Planning Council (MFPC) yang akan membolehkan ejen-ejen Allianz Life untuk menyertai Program Penasihat Perancangan Hartanah Profesional (PEPAP).

 

Melalui program pensijilan itu, ejen-ejen Allianz Life akan dapat mendalami ilmu untuk menyepadukan perkhidmatan-perkhidmatan berlainan dalam perancangan hartanah atau kewangan yang berkesan.

 

Di samping itu, Gross berkata, pelancaran C.E.O. Programme semasa kenaikan kadar pengangguran di negara ini adalah tepat pada masanya.

 

Data dari Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa kadar pengangguran untuk November 2020 adalah 1.6 mata% tahun ke tahun lebih tinggi kepada 764,400 penganggur, berbanding 513,900 pada bulan November 2019.

 

“Di Allianz, kami berusaha sebaik mungkin untuk memberikan perlindungan dalam apa jua keadaan. Melalui C.E.O. Programme ini, kami berharap dapat memelihara ramai rakyat Malaysia daripada pengangguran dan membantu mereka dalam menjamin masa depan yang lebih baik.

 

"Tambahan pula, terdapat pasaran yang besar untuk dimanfaatkan dalam sektor insurans hayat kerana kurang dari 40% daripada 33 juta penduduk Malaysia memiliki polisi insurans hayat," kata Gross. - DagangNews.com