CGS-CIMB unjur hasil langganan Astro menurun 2.5% pada FY25 | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB unjur hasil langganan Astro menurun 2.5% pada FY25

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Okt - CGS-CIMB Research mengunjurkan hasil langganan Astro tidak berubah pada FY24 dan menurun sebanyak 2.5% pada FY25.

 

Firma itu berkata, walaupun dalam keadaan yang teruk, unjuran perolehan sesaham (EPS) untuk FY24-25 kumpulan itu menurun sebanyak 30% daripada unjuran kami.

 

Katanya, bagaimanapun pembayaran 80% yang diterjemahkan kepada hasil dividen CY23-24 sebanyak 6.4% (berdasarkan penutupan 17 Oktober 2022 sebanyak 65.5 sen) adalah tinggi.

 

"Model perniagaan Astro mengenakan yuran langganan bulanan membawa kepada aliran tunai yang kukuh dengan aliran tunai bebas (FCF) adalah dua kali ganda daripada untung bersih di dalam laporan tahunannya. 

 

"Oleh itu, pembayaran dividennya hanya membentuk 31.8-53.6% daripada FCF semasa FY18-22, dan kami menjangkakan ia menjadi 49.5-60.8% pada FY23-25.

 

"Kumpulan itu juga tidak bercadang untuk menyemak semula dasar pembayaran dividennya bagi meningkatkan rizab tunainya menjelang ketidaktentuan yang disebabkan pandemik COVID-19," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu juga enggan mengaku kalah walaupun berdepan cabaran daripada perisian cetak rompak 

 

Katanya, peralihan strategik dengan menggabungkan jalur lebar dijangka membantu memulihkan pendapatannya dalam jangka panjang selain penyiaran berdasarkan kandungan asal dan perjanjian eksklusif dengan penerbit antarabangsa serta liga sukan.

 

Katanya, kumpulan itu juga merupakan pilihan utama amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk sektor media kerana ia merupakan antara syarikat yang tiada pemegang saham utamanya terlibat dengan parti politik.

 

"Kami menyemak naik penarafan kepada 'tambah' dengan harga sasaran (TP) 88 sen," katanya. - DagangNews.com