CGS-CIMB yakin terhadap sasaran jualan Eco World pada FY20 | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB yakin terhadap sasaran jualan Eco World pada FY20

Eco World Development Group Bhd.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 25 Sept. - CGS-CIMB Research memberi keyakinan terhadap sasaran jualan Eco World Development Group Bhd. (EWDG) bagi tahun kewangan 2020.

Jelas CGS-CIMB Research, keyakinan tersebut didorong oleh prestasi jualan yang baik oleh kumpulan tersebut.

"Kami yakin sasaran penjualan FY20 yang diletakkan EWDG dapat dicapai memandangkan momentum penjualannya yang baik serta inisiatif pemasaran digital yang berkesan.

"Juala tanpa bil pada akhir Ogos 2020 berjumlah RM4.4 bilion berbanding RM5.9 bilion pada akhir Ogos 2019 bersamaan dengan pendapatan 1.7x FY19," jelas CGS-CIMB Research.

EWDG mengakalkan sasaran penjualan baharu sebanyak RM2 bilion untuk tahun kewangan 2020.

Kumpulan tersebut komited mengembalikan sasaran tersebut setelah situasi pasaran kembali normal.

EWDG berjaya mencatatkan penjualan baharu berjumlah RM960 juta pada suku ketiga 2020 dan jualan RM287 juta pada Ogos 2020.

Sementara itu, dalam nota kajian yang berbeza, syarikat perniagaan Eco World di United Kingdom (UK) dan Australia, Eco World International Berhad turut meletakkan sasaran jualan baharu sebanyak RM2.2 bilion bagi tahun kewangan 2020.

CGS-CIMB Research turut memberi keyakinan kepada Eco World International susulan kestabilan jualan di pasaran terbuka dan jangkaan penutupan perjanjian built-to-rent (BTR).

Eco World International mencatatkan jualan tanpa bil pada akhir Ogos 2020 sebanyak RM3.9 bilion berbanding RM5.8 bilion pada akhir Ogos tahun sebelumnya.

CGS-CIMB Research mengakalkan saranan 'pegang' saham Eco World Development Group Bhd. dan Eco World International dengan harga sasaran sesaham masing-masing pada RM0.47 dan RM0.50. - DagangNews.com