Co-opbank Pertama tawar Proton X50 sempena Kempen Raya To Raya | DagangNews Skip to main content

Co-opbank Pertama tawar Proton X50 sempena Kempen Raya To Raya

Kempen ini akan berlangsung selama enam bulan bermula dari 1 April 2022 sehingga 30 September 2022.

KUALA LUMPUR 30 Mac - Orang ramai berpeluang untuk membawa pulang sebuah Proton X50 serta hadiah-hadiah lain bernilai RM230,000 sempena Kempen Raya To Raya (#R2R) Co-opbank Pertama (CBP) bermula 1 April 2022 .

 

Kempen yang julung-julung kali diadakan ini melibatkan semua produk dan perkhidmatan CBP seperti Pembiayaan Peribadi-I Al-Yaseer, Pembiayaan Berjangka-I / Kredit Pusingan-I untuk sektor korporat dan koperasi, Pembiayaan Ar-Rahnu, Pembiayaan Perumahan Al-Amali, Deposit-I Berjangka, Akaun Simpanan-i Salam dan Produk Wasiat.

 

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, kempen ini akan berlangsung selama enam bulan bermula dari 1 April 2022 sehingga 30 September 2022.

 

Selain daripada sebuah kereta Proton X50, pelanggan bertuah juga turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti set barangan kemas bernilai RM25,000, telefon pintar iPhone 13 dan pelbagai hadiah lain dengan nilai hadiah keseluruhan bernilai lebih RM230,000.00.

 

“CBP amat menghargai segala sokongan yang diberikan oleh pelanggan- pelanggan kami dan kami mengharapkan agar terus mendapat sokongan yang berterusan daripada pelanggan-pelanggan kami,”katanya.

 

Dalam masa yang sama, beliau turut berkata bahawa CBP akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan- pelanggannya seiring dengan keperluan masyarakat di negara ini.


 

Khairil Anuar Mohammad Anuar
                                     Khairil Anuar Mohammad Anuar

 


Co-opbank Pertama (CBP) telah ditubuhkan pada 7 Jun 1950. Pada September 2014, CBP telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia sebagai sebuah co-opbank.

 

CBP mempunyai 29 buah cawangan dan outlet Ar Rahnu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

 

CBP menawarkan pelbagai produk perbankan patuh Syariah termasuk perkhidmatan Ar-Rahnu. Sila layari www.cbp.com.my. untuk maklumat lanjut. – DagangNews.com