Collins Aerospace kembangkan operasi MRO dengan penempatan semula fasiliti di Subang Aerotech Park | DagangNews Skip to main content

Collins Aerospace kembangkan operasi MRO dengan penempatan semula fasiliti di Subang Aerotech Park

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Feb - Kumpulan Collins Aerospace akan mengembangkan operasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) di Malaysia dengan menempatkan semula fasiliti mereka di atas kawasan seluas 160,000 kaki persegi yang terletak di Subang Aerotech Park. 

 

Subang Aerotech Park merupakan kawasan industri penerbangan yang memiliki keluasan 60 ekar dan taman teknologi tingginya terletak dalam kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) yang dibangunkan oleh Malaysia Airport sebagai antara pembangunan Aeropolis.

 

Lebih RM16 juta akan dilaburkan Collins Aerospace yang dikenali sebagai sebuah kumpulan aeroangkasa terbesar dunia untuk pembangunan kemudahan baharu yang akan menjadi sebagai antara hab serantau bagi penyelenggaraan komponen pesawat.

 

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, pengembangan operasi Collins Aerospace dia MAlaysia dijangka memberi sumbangan yang penting kepada industri aeroangkasa.

 

"Lapangan Terbang Subang sudah menjadi tumpuan utama kepada rantaian bekalan aeroangkasa negara akibat kehadiran pemain industri dunia seperti Spirit AeroSystems, Airbus Helicopters, Leonardo, Execujet dan Dassault Aviation. 

 

"Buat masa sekarang terdapat lebih 60 pemain industri yang memberi sokongan kepada lebih 4,000 tenaga kerja mahir. Industri aeroangkasa bukan sahaja akan berkembang dari segi operasi malahan akan menampilkan kemajuan dari segi kemudahan MRO.

 

colin

 

"Semua ini akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab aeroangkasa di rantau ini dan ia adalah selaras dengan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) 2030 yang mahu menjadikan negara ini sebagai hab aeroangkasa di Asia Tenggara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sebagai sebahagian daripada peroses pengembangan, kemudahan itu akan menambah keupayaan MRO baharu untuk mesin kitar udara untuk Collins Aerospace, penukar haba, pemula enjin, injap, kipas dan sistem penggerak.

 

colin

 

Fasiliti ini akan memberi sokongan kepada pelbagai jenis pesawat termasuk B787, B777X, A320, A380, ATR 42 dan ATR yang membolehkan mereka mendapatkan khdimat penyelenggaraan yg pantas.

 

"Hab itu juga akan bekerjasama rapat dengan Hab Inovasi Collins di Singapura dalam usahan untuk memanfaatkan segala teknologi terbaharu bagi memberikan perkhidmatan berkualiti," katanya. - DagangNews.com