Crescendo lupus tanah ketiganya di Pulai berharga RM315 juta kepada Microsoft Payments | DagangNews Skip to main content

Crescendo lupus tanah ketiganya di Pulai berharga RM315 juta kepada Microsoft Payments

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Nov - Crescendo Corporation Berhad mengumumkan pelupusan tanah ketiganya di Pulai, Johor Bahru, kali ini melibatkan tiga lot tanah kosong berkeluasan 2.62 juta kaki persegi dberharga RM315.17 juta kepada Microsoft Payments (M) Sdn. Bhd.

 

Crescendo, melalui anak syarikatnya Panoramic Industrial Development Sdn Bhd (PID), pada awal bulan ini mengumumkan pelupusan dua lot tanah pada harga RM117.02 juta, dan sembilan lot lagi bernilai RM111 juta, kedua-duanya berhampiran kawasan cadangan pelupusan tanah terbaru itu.

 

Kumpulan itu berkata, pertimbangan pelupusan itu disokong oleh nilai pasaran RM315 juta yang diberikan oleh penilai.

 

Mereka menjangkakan keuntungan bersih sebanyak RM171.92 juta daripada pelupusan itu.

 

"Pelupusan itu mengambil kira "kebolehpasaran dan prospek hartanah subjek dan cabaran dalam merundingkan syarat dan mendapatkan pembeli dengan kelayakan yang kukuh dan keupayaan kewangan untuk menyelesaikan penjualan tanah yang besar itu dengan cepat", katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

BACA JUGA: Crescendo lupus 9 tanah bernilai RM111 juta di Johor

 

Katanya, tanah itu terletak di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, dan pembeli berhasrat untuk membangunkan pusat data di tapak itu.

 

 

"Cadangan pelupusan itu akan membawa kepada penciptaan nilai bagi tanah sekitar yang dimiliki oleh kumpulan itu," katanya.

 

BACA JUGA: Crescendo lupus 7 tanah berharga RM117.02 juta kepada STT GDC Malaysia

 

Hasil penjualan itu akan digunakan bagi pembayaran balik hutang (RM95 juta), pembangunan selanjutnya projek Bandar Cemerlang Crescendo di Ulu Tiram, Johor (RM60 juta), modal kerja (RM111.77 juta), kos pembangunan yang akan ditanggung sebagai sebahagian daripada pelupusan ( RM36.9 juta) dan perbelanjaan berkaitan pelaksanaan itu (RM11.5 juta).

 

Penjualan dan pelaksanaan berkaitan akan memerlukan kelulusan pemegang saham pada mesyuarat agung, serta pihak berkuasa negeri Johor dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. - DagangNews.com