Crest Builder raih kontrak RM314.5 juta daripada UEM Land bina pangsapuri servis di Kuala Lumpur | DagangNews Skip to main content

Crest Builder raih kontrak RM314.5 juta daripada UEM Land bina pangsapuri servis di Kuala Lumpur

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Dis - Crest Builder Holdings Berhad menerusi Crest Builder Sdn. Bhd. berjaya meraih kontrak pembinaan dua blok pangsapuri servis bernilai RM314.5 juta daripada UEM Land Berhad di Batu 6 Cheras, Kuala Lumpur. 

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pembinaan dua lot bangunan itu merangkumi ruangan runcit serta tempat letak kenderaan.

 

"Tempoh kontrak yang dinyatakan dalam surat anugerah adalah selama 39 bulan dari tarikh pemilikan tapak iaitu 1 Jun 2024 hingga 31 Ogos 2027," katanya.

 

Kontrak berkenaan tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham terbitan dan berbayar Crest Builder dan ke atas pegangan saham pemegang saham besar Crest Builder.

 

Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya. - DagangNews.com