CTOS masih ungguli kaunter aktif, Genetec paling rugi | DagangNews Skip to main content

CTOS masih ungguli kaunter aktif, Genetec paling rugi

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 19 Julai - Pasaran saham tempatan berakhir agak negatif, apabila indeks utama, FBM KLCI ditutup 2.51 mata atau 0.16% lebih rendah kepada 1,519.97 daripada paras yang ditutup petang semalam, 1,522.48.

 

Kemerosotan dagangan hari ini terutamanya didorong oleh kaunter tenaga, diikuti oleh sektor telekomunikasi, perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan perindustrian. 

 

Di sebalik ‘aura’ negatif itu, CTOS Digital terus mengungguli kaunter paling aktif diniagakan pada petang ini dan berakhir pada kadar RM1.62 sesaham. 

 

Baca : Saham CTOS catat premium 36.4% berbanding harga terbitan

 

Setakat 5 petang, CTOS Digital menyaksikan 3.68 juta jumlah saham yang dibeli dengan nilai pasaran RM3.56 bilion. 

 

Sementara itu, pengumuman Kanger International Berhad berhubung pemeteraian perjanjian induk (HOA) yang terikat dan bersyarat dengan Sparmak Medical Equipment Trading LLC (Sparmark LLC) bagi pembelian vaksin COVID-19 Sinopharm telah menjadikan sahamnya rancak diniagakan. 

 

Harga saham kumpulan menokok 7.14% kepada RM0.075 daripada paras yang ditutup petang Jumaat lalu, RM0.070.

 

Baca : Kanger meterai perjanjian beli vaksin Sinopharm dari Arab

 

Ini diikuti oleh saham Ramssol Group Berhad, Sersol Berhad, Serba Dinamik Holdings Berhad, Dagang Nexchange Berhad (DNeX) dan MMAG Holdings Berhad. 

 

Kaunter paling untung masih diungguli oleh ViTrox Corporation Berhad yang berakhir 72 sen lebih tinggi kepada RM16.68. 

 

Kumpulan mencatatkan nilai pasaran sebanyak RM7.876 bilion dengan jumlah saham sebanyak 472.21 juta. 

 

Ini diikuti oleh Heineken Malaysia Berhad, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad, Choo Bee Metal Industries Berhad dan KESM Industries Berhad. 

 

Beralih kepada kaunter rugi, harga saham Genetec Technology Berhad menyaksikan kemerosotan terbesar, apabila berakhir 90 sen lebih rendah kepada RM16.98. 

 

Turut merasai tempias berkenaan adalah saham Malaysian Pacific Industries Berhad yang juga menyusut 90 sen kepada RM41.70. 

 

Walaupun pasaran tempatan berakhir lebih rendah, namun jumlah kaunter untung iaitu sebanyak 511 melebihi sedikit jumlah kaunter rugi, sebanyak 456. - DagangNews.com