DBKL tawar kadar khas notis kompaun | DagangNews Skip to main content

DBKL tawar kadar khas notis kompaun

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 17 Feb - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan Kadar Khas Notis Kompaun 2022 bermula semalam hingga 30 Jun depan, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Jubli Emas 50 Tahun Bandar Raya Kuala Lumpur.

 

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, pemberian kadar khas itu meliputi notis kompaun trafik yang belum dijelaskan dan kadar berjadual mengikut kesalahan bagi notis kompaun kesalahan am.

 

Bagaimanapun, inisiatif kadar khas itu tidak terpakai bagi kesalahan yang disenarai hitam dan kesalahan kes am yang tiada dalam kadar berjadual.

 

Orang ramai boleh menikmati kadar khas ini dengan membuat semakan dan bayaran menerusi semua kaunter bayaran DBKL dan kaunter Pos Malaysia di seluruh negara, lapor Bernama.

 

 

dbkl

 

dbkl

 

 

Selain itu, semakan dan bayaran juga boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi MOBIS-DBKL atau secara Jompay menerusi aplikasi perbankan. - DagangNews.com