KUALA LUMPUR 7 Mei - DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd (Deftech) memeterai perjanjian kerjasama untuk mengembangkan segmen sistem pesawat tanpa pemandu (UAS).
Ia melibatkan anak syarikat Deftech, Deftech Unmanned Systems (DUS) bersama Sichuan AOSSCI Technology Co. Ltd. (AOSSCI) dan TNB Integrated Learning Solution (ILSAS).
Kerjasama tersebut dimeterai pada hari kedua Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.
Pegawai Eksekutif Deftech, Mohammad Shanaz Mohammad Shees berkata, perkongsian ini memanfaatkan keupayaan gabungan untuk memacu teknologi UAS di Malaysia.
Ini kerana katanya, AOSSCI merupakan salah satu pengeluar dron terbesar di China dan
"Dengan rangkaian produk yang lebih luas serta sokongan kepakaran tempatan saya yakin usahasama ini akan membantu mengembangkan lagi projek UAS pada masa akan datang.
“Kerjasama tersebut melibatkan perkongsian teknologi dan kepakaran dengan kedua-dua pihak.
"Sementara itu, bagi kerjasama dengan ILSAS, ia melibatkan latihan dan pembelajaran khususnya bagi sektor tenaga,” katanya.
Terdahulu, Mohammad Shanaz memeterai perjanjian tersebut bersama Pengarah Pelanggan Utama AOSCCI, Yi Wu dan Ketua Inovasi Strategik ILSAS, Ts. Dr Mohd Zaliman Mohd Yusoff.
Majlis disaksikan Pengerusi Deftech, Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Tan Sri Syed Faisal Albar.
Pada majlis yang sama, DUS menerima pensijilan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk kelulusan Projek Sistem Pesawat Tanpa Pemandu Khas (SUP).
Ia bagi UAS jarak jauh menurut Arahan Penerbangan Awam.
Dengan kelulusan ini, DUS menjadi syarikat Malaysia pertama yang diperakui oleh CAAM untuk penerbangan jarak jauh UAS. - DagangNews.com