Deleum raih kontrak selama 4 tahun daripada ExxonMobil bagi penyediaan perkhidmatan Slickline | DagangNews Skip to main content

Deleum raih kontrak selama 4 tahun daripada ExxonMobil bagi penyediaan perkhidmatan Slickline

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 April - Deleum Berhad menerusi anak syarikatnya, Deleum Oilfield Services Sdn. Bhd. menerima surat anugerah (LOA) daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. bagi menyediakan peralatan dan perkhidmatan Slickline.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, kontrak itu adalah bagi tempoh empat tahun bermula 15 Mac 2023.

 

"Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil syarikat sepanjang tempoh pelaksanaan projek itu.

 

"Bagaimanapun kontrak itu tidak akan memberi sebarang kesan kepada modal saham atau struktur pegangan saham bagi kumpulan itu," katanya.

 

Kontrak itu adalah sebahagian daripada perjalanan biasa perniagaan kumpulan dan tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham atau mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.

 

"Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama kumpulan dan orang yang berkaitan dengannya mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak itu," katanya. - DagangNews.com