KUALA LUMPUR 22 Nov - Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
"BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
"Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang," menurut beliau yang juga perdana menteri sementara dalam hantaran di media sosialnya.
Terdahulu, pemimpin kanan Barisan Nasional mengadakan mesyuarat yang tertangguh sejak semalam, bagi membuat keputusan muktamad. - DagangNews.com