KUALA LUMPUR 25 Jan - Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech) melancarkan tiga varian Flavettes Nutriskincare baharu bagi mengukuhkan kedudukan mereka sebagai jenama vitamin C dewasa No.1 di Malaysia.
Duopharma Biotech dalam satu kenyataan berkata, vitamin C berbentuk tablet effervescent itu menyasarkan segmen kecantikan yang semakin berkembang dalam kalangan masyarakat negara ini.
"Flavettes NutriSkincare yang merangkumi varian Glamz, Glow dan H-Drate, adalah rangkaian penjagaan kulit lengkap yang menyediakan nutrien untuk kulit yang cantik dalam tablet effervescent yang mudah diserap.
"Dibangunkan dengan ketelitian saintifik penuh seperti produk bertaraf farmaseutikal Duopharma yang lain, rangkaian Flavettes NutriSkincare menawarkan formulasi tiga tindakan untuk meningkatkan kesihatan kulit secara keseluruhan bermula daripada peringkat sel, dan mengekalkan penghidratan sel untuk kulit lebih anjal, cerah, berseri dan kelihatan muda, yang mencerminkan slogan “Be Seri-Seri Inside Out”," katanya.
Flavettes Effervescent H-Drate didatangkan dalam perisa epal sakura yang membantu mengekalkan serta menghaluskan tekstur kulit selain menggalakkan wajah yang sihat selain mengoptimumkan tahap penghidratan kulit.
Flavettes Effervescent Glow pula akan membantu mengekalkan kulit yang sihat serta bertindak sebagai antioksidan yang berkuasa untuk melawan radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan selain membantu memperbaiki wajah anda dan ia didatangkan dalam perisa oren.
Varian ketiga iaitu, Flavettes Effervescent Glamz akan membantu meningkatkan tahap kolagen bagi kulit lebih anjal selain menggalakkan wajah kelihatan sihat dan ia didatangkan juga dalam perisa oren.
Semua varian Flavettes NutriSkincare dijual dalam bentuk tiub 15 atau 30 tablet dan ia boleh didapati di semua cawangan Watson dan farmasi di seluruh negara, termasuk kedai dalam talian mereka. - DagangNews.com