EdgePoint, myNEWS jalin kerjasama tingkatkan pengalaman digital rakyat Malaysia | DagangNews Skip to main content

EdgePoint, myNEWS jalin kerjasama tingkatkan pengalaman digital rakyat Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Sept - EdgePoint Infrastructure melalui EdgePoint Towers Sdn Bhd bekerjasama dengan myNEWS Holdings Bhd dan CU, jenama kedai serbaneka dari Korea Selatan bagi meningkatkan sambungan komunikasi mereka untuk membina pengalaman runcit digital yang lebih lancar untuk pelanggan mereka. 

 

Kerjasama ini akan melihatkan myNEWS dan CU menggunakan teknologi komunikasi generasi baharu bertujuan untuk meningkatkan kapasiti dan liputan di kedai-kedai mereka di Semenanjung Malaysia.

 

Para pelanggan akan menikmati liputan 4G/5G yang lebih baik apabila menggunakan cara pembayaran e-dompet, kad debit dan cara pembayaran tanpa wang yang lain. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif EdgePoint Towers, Muniff Kamaruddin berkata, kerjasama strategik seperti ini membolehkan mereka memberi akses sistem komunikasi yang lebih luas di seluruh negara. 

 

"Kami berazam untuk menjadi rakan kerjasama yang terbaik untuk memberikan sistem generasi akan datang yang inovatif ke pasaran Malaysia, dan inisiatif ini membolehkan kami menggunakan rumusan yang betul untuk menyokong pelanggan myNEWS dan rakyat Malaysia secara umumnya, yang kian bergantung kepada sistem pembayaran tanpa wang dan digital. 

 

"Kami yakin bahawa kepakaran kami, digabungkan dengan myNEWS yang luas di seluruh negara, akan memperkayakan pengalaman pelanggan di kedai myNEWS dan CU, serta membantu mengukuhkan usaha meningkatkan kualiti telekomunikasi di seluruh negara," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

Menurut Muniff, inisiatif ini adalah satu dari pelbagai langkah yang pihaknya sedang lakukan untuk menyokong visinya bagi menyediakan akses lebih luas, sehingga menyediakan keterhubungan yang merentas semua segmen rakyat. 

 

 

edgepoint
Muniff Kamaruddin

 

 

"Kami memahami kepentingan keterhubungan apabila hidup dalam masyarakat tanpa tunai yang kini menjadi perkara penting dalam kalangan rakyat Malaysia, dan juga komitedbekerjasama dengan rakan kongsi strategik kami yang berfikiran ke arah sama untuk membuka potensi penuh telekomunikasi melalui rumusan inovatif," katanya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan myNEWS Holdings, Dang Tai Luk pula berkata, kerjasama bersama EdgePoint ini selaras dengan tujuan myNEWS untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan luar biasa kepada pelanggan. 

 

Katanya, pihaknya menyedari peningkatan penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai dan juga pembayaran digital oleh pelanggan, yang menjadikan keterhubungan yang lancar dalam cawangan  menjadi kunci penting kepada pelanggan. 

 

"Ramai pelanggan kami juga melakukan tambah nilai mudah alih dan muat naik data di cawangan kami, dan kami mahu memberikan mereka pengalaman digital dipertingkatkan sepanjang masa. 

 

 

mynews
Dang Tai Luk

 

 

"Itulah sebabnya penting bagi kami untuk bekerjasama dengan syarikat infrastruktur yang betul, dan EdgePoint memenuhi semua kehendak kami dari segi perkhidmatan berkualiti dan teknologi terkemuka.

 

"Dengan meningkatkan keterhubungan di seluruh cawangan myNEWS dan CU kami di seluruh Malaysia, kami dapat meningkatkan pengalaman pelanggan kami, sejurus selepas mereka memasuki mana-mana cawangan kami hingga ke tempat pembayaran dan keluar dari lokasi kami," katanya. - DagangNews.com