ELMLAB, REKA bekerjasama bangunkan teknologi kenderaan pandu sendiri di Malaysia | DagangNews Skip to main content

ELMLAB, REKA bekerjasama bangunkan teknologi kenderaan pandu sendiri di Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Mac - Syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan dalam bidang teknologi perhubungan, ELMLAB dan syarikat R&D dengan kepakaran dalam bidang automasi, REKA bekerjasama bagi pembangunan teknologi untuk kenderaan pandu sendiri di Malaysia.

 

Menerusi kerjasama itu, ELMLAB akan mempercepatkan pembangunan teknologi pandu sendiri dalam pasaran yang menyepadukan teknologi ke dalam sistem pandu sendiri dan pelbagai fungsi lain.

 

Pengenalan teknologi 5G juga membantu mewujudkan suasana kondusif dalam menyokong pembangunan inovasi Internet Kebendaan (IoT) seperti kenderaan berautonomi dengn ELMLAB dan REKA akan bekerjasama dalam mewujudkan pemanduan yang lebih bijak dan selamat di Malaysia melalui penyelidikan dan pembangunan kolaboratif.

 

Pengarah ELMLAB, Choo Tzer Mann berkata, pihaknya mempercayai kekuatan kerjasama itu dengan rakyat Malaysia akan memiliki akses peralatan digital yang lebih canggih untuk kehidupan yang lebih selamat. 

 

"Bermula dengan pelaksanaan teknologi kami dalam teknologi automotif Malaysia, kami berharap dapat menegmbangkan teknologi perhubungan kepada agensi pengangkutan selain perbadanan pembangunan jalan raya untuk menikmati pengalaman pemanduan yang lebih selamat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Menerusi asas teknologi itu, ia dapat membantu meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi ekosistem teknologi dan menyokong aplikasi berkaitan yang berkisar dengan penggunaan data.

 

Pada masa hadapan, teknologi perhubungan akan merangkumi pelaksanaan dalam sistem keselamatan dan penggunaan robot.

 

Ketua Pegawai Eksekutif REKA, Haziq Faris berkata, usaha bersama REKA dan ELMLAB akan membawapandangan industri dalam usaha untuk memasarkan teknologi autonomi di dalam pasaran tempatan.

 

"Dunia semakin cepat  menggunakan sistem pemanduan autonomi terutamanya dalam Bandar Pintar dan kami sedang berusaha untuk mengurangkan jurang digital dengan menyepadukan teknologi.

 

"Usaha ini bukan sahaja mempercepatkan pembangunan teknologi tempatan selain menyerlahkan kepentingan R&D menerusi jalinan kerjasama," katanya. - DagangNews.com