empowerNCER tawar 19 kursus kemahiran dan keusahawanan jangka pendek  | DagangNews Skip to main content

empowerNCER tawar 19 kursus kemahiran dan keusahawanan jangka pendek 

Peserta akan diberi sijil dari institusi kemahiran yang bertauliah selepas tamat kursus.
Oleh ZAKI SALLEH 

IPOH 2 Feb - Sebanyak 19 kursus kemahiran dan keusahawanan jangka pendek ditawarkan pihak Malaysia Design Development Centre (DDEC) menerusi program empowerNCER.

 

DDEC merupakan anak syarikat MARA yang telah dilantik oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ( NCIA) sebagai penyedia perkhidmatan untuk melaksanakan program tersebut.

 

Kursus dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad sebanyak 10 sesi atau antara satu hingga tiga bulan sahaja.

 

Antaranya kursus jahitan, pembuatan batik, bakeri, barista, membina laman web, teknik pertanian moden, urutan tradisional dan urutan terapi.

 

Turut ditawarkan ialah kursus jentera berat, masakan Jepun dan kursus penyediaan makanan berasaskan makanan laut.

 

MARA negeri Perak dalam hantaran menerusi laman Facebook memaklumkan, latihan yang ditawarkan adalah percuma kepada semua rakyat negeri itu.

 

Menurut kenyataan itu, penyertaan dibuka pada mereka yang berumur 18 hingga 48 tahun dengan pendapatan bawah RM3,800.

 

 

ncer
Kejayaan peserta merupakan matlamat utama program empowerNCER.

 

 

"Keutamaan pada golongan yang tidak bekerja, hilang pekerjaan serta graduan yang belum bekerja.

 

"Usahawan yang baru memulakan perniagaan dan berminat untuk dibantu hingga mampu berkembang maju juga digalakkan memohon.

 

"Begitu juga usahawan yang telah beroperasi selama setahun yang ingin dipertingkatkan serta dibantu untuk lebih berjaya," ujar kenyataan itu.

 

 

ncer
Bimbingan seperti kaedah pemasaran akan diberi kepada peserta yang ingin menjadi usahawan.

 

 

ncer
Sebanyak 19 kursus kemahiran dan keusahawanan jangka pendek ditawarkan pihak DDEC menerusi program empowerNCER.

 

 

Peserta akan diberi sijil dari institusi kemahiran yang bertauliah serta mendapat kit permulaan perniagaan mengikut jenis kursus yang diikuti.

 

Mereka juga akan dibantu secara percuma selama dua tahun dalam pengembangan perniagaan seperti kaedah pemasaran, pembungkusan dan perjenamaan.

 

Bagi yang ingin bekerja pula mereka akan dibantu untuk mendapat pekerjaan sesuai kerana matlamat empowerNCER adalah untuk membantu peserta sehingga berjaya. - DagangNews.com