EQS, kereta elektrik pertama Mercedes-Benz dilancarkan | DagangNews Skip to main content

EQS, kereta elektrik pertama Mercedes-Benz dilancarkan

STUTTGART 16 April - Daimler AG memperkenalkan kereta mewah elektriknya, Mercedes-Benz EQS, yang dijangka memberi saingan ke atas peneraju pasaran Tesla Inc. dalam perebutan penguasaan pasaran kereta elektrik.

 

EQS merupakan model pertama Mercedes-Benz yang dibina di atas platform kenderaan elektrik secara khusus dan bakal dijual di Eropah dan Amerika Syarikat pada Ogos ini, kemudian China pada Januari 2022.

 

Jualan bagi kenderaan elektrik dan hibrid di Kesatuan Eropah hampir tiga kali ganda untuk mencatat lebih 1 juta kenderaan pada tahun lalu, mewakili lebih daripada 10% keseluruhan jualan kenderaan, menurut REUTERS.

 

Ketua Eksekutif Daimler Ola Källenius berkata, pihaknya tidak akan memberikan unjuran berapa jualan EQS atau sasaran jualan atau margin keuntungan yang diharapkan daripada jualan EQS.

 

Namun beliau meletakkan harapan tinggi terhadap pasaran China di mana wujud "permintaan hebat" bagi model S-Class menggunakan enjin pembakaran tradisional.

 

Daimler kini menyertai pesaing Volkswagen AG yang memiliki platform kenderaan elektrik yang khusus, dengan BMW dijadual melancarkan modelnya hanya pada 2025. - DagangNews.com