Ex-Ganjar uji kesiapsiagaan Northport, MKN berdepan ancaman keselamatan di pelabuhan | DagangNews Skip to main content

Ex-Ganjar uji kesiapsiagaan Northport, MKN berdepan ancaman keselamatan di pelabuhan

Anggota Unit Tindakhas PDRM mempamerkan kecekapan semasa Ex-Ganjar 2023.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 26 Okt - Northport bersama-sama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan Westports telah mengadakan Latih Amal Ops ISPS Ex-Ganjar 2023.

 

Pelaksanaan latihan medan dengan senario ancaman kumpulan bersenjata ini telah diadakan di Dermaga 8A, Pelabuhan Utara (Northport).

 

Ini melibatkan situasi antaranya operasi menyelamat di laut, insiden keganasan dan operasi menyelamat tebusan.

 

Latihan ini dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan lain-lain agensi berkaitan.

 

Musuh
Ex-Ganjar menggambarkan senario serangan kumpulan bersenjata untuk mendapatkan habuan.

 

Northport merupakan pelabuhan di dalam kawasan sekuriti pengangkutan maritim LPK.

 

Ia disenaraikan sebagai fasiliti sasaran penting negara serta disijilkan sebagai oelabuhan yang mematuhi kod antarabangsa International Ship and Ports Security Code (ISPS Code).

 

Pelabuhan ini turut diletakkan di bawah Arahan MKN No.18 Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan dan Arahan MKN No. 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara.      

 

Justeru, sebagai salah satu lokasi strategik ekonomi negara perlu untuk pihak pengurusan pelabuhan tersebut menguji kesiapsiagaan pelbagai agensi dalam menangani situasi kecemasan di pelabuhan. 

 

Latihan

 

Latihan
Sebahagian daripada pengurusan Northport, MKN dan LPK berbincang mengatasi ancaman dalam latihan Ex-Ganjar.

 

Ini merupakan latihan bersepadu seumpamanya yang diadakan bagi mengukuhkan kerjasama strategik antara agensi dan jabatan kerajaan serta sektor korporat.

 

Ia untuk meneroka perancangan dan pelaksanaan latih amal ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan dalam memastikan kesiapsiagaan semua pihak berada pada tahap yang terbaik.

 

Ini penting dalam usaha menangani insiden bencana mahu pun krisis keganasan terutamanya yang melibatkan kawasan pintu masuk ke Malaysia.- DagangNews.com

 

Latihan